Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Systema Advance Ubat Gigi Anti-Plak Untuk Sayangi Gusi & Gigi|Tahukah anda sekarang ini, penyakit gusi telah mengatasi kaviti sebagai faktor utama kehilangan gigi dalam kalangan orang dewasa. Penyakit gusi disebabkan plak yang berlanjutan terbentuk diantara gigi , di sepanjang garisan gusi dan dalam poket gusi yang berpunca dari kurangnya amalan memberus gigi.
Kajian pada tahun 2010 menunjukkan bahawa 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi (NOHSA 2010). Satu kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan oleh Lion Corporation di Malaysia keatas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara dan kebiasaanya adalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya 1% menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017).
“Di Lion Corporation Japan, visi kami adalah untuk terus menjadi syarikat terulung dalam penjagaan kesihatan harian serta menjadi peneraju inovasi pembangunan produk yang menyediakan manfaat kesihatan, keselesaan dan kebersihan kepada pengguna kami. Matlamat kami dalam penjagaan mulut adalah untuk memperkasa rakyat Malaysia mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi sehingga menjangkau usia 80 tahun agar dapat menikmati kehidupan yang lebih baik;” Sementara itu, Dr. Ahmad Sharifuddin bin Mohd Asari – Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia sambil menekankan tentang kepentingan kesihatan gusi, berkata “Penyakit gusi sangat berleluasa di Malaysia. Gusi yang sihat boleh dicapai melalui penyingkiran plak di kawasan berisiko tinggi seperti poket gusi dan garis gusi. Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari dan hadiri temu janji dengan doktor secara berkala. Jangan abaikan tanda-tanda awal penyakit gusi seperti gusi berdarah, gusi merah dan bengkak. “
-kata En Tatsuya Horiuchi, Pengarah Urusan Southern Lion
SYSTEMA memahami isu penyakit gusi yang meluas. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap keperluan mulut dan penyelidikan yang menyeluruh, SYSTEMA kini melancarkan penemuan inovasi terbesar Lion Japan; SYSTEMA ADVANCE, ubat gigi anti-plak dan anti-bakteria pertama yang menggabungkan TDS, IPMP yang mampu menyingkirkan plak, dan membunuh 99.9% bakteria di kawasan yang sukar dicapai seperti dalam poket gusi, dan GK2 untuk melegakan gusi.
Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE memberi perlindungan 24jam daripada bakteria mulut dengan mengamalkan memberus gigi dua kali sehari serta 4x perlindungan lebih baik terhadap masalah gusi berbanding ubat gigi biasa..