Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
CODE 10 Jenama Penggayaan Rambut Kini Kembali |Dengan kepakaran lebih daripada 40 tahun, misi utamanya adalah mempamerkan gaya rambut rapi. Kini ia kembali semula dengan LEBIH Mantap untuk meraikan stail rambut kemas yang dimiliki oleh selebriti lelaki dan ikon Hollywood seperti Ryan Gosling, Henry Cavil, tidak ketinggalan juga jejaka-jejaka pujaan tanah air seperti Fattah Amin dan Zul Arifin
Sempena kempen pelancaran semula CODE 10 ini, semua produknya direka untuk mempamerkan stail kemas dengan mudah. Tampil terpesona adalah Pomade Code 10 yang mengilhamkan format terkini untuk stail klasik seperti pompadour dan slick back. Produk ini menjadi pilihan 80% pengguna (ujian tanda aras Nielsen) kerana formulanya berasaskan air yang unik dapat menggayakan rambut kemas sepanjang hari tanpa berminyak.
Selain itu sebagai pakar krim rambut mencipta semula format stail rambut dengan krim berasaskan air pertama yang tidak melekit dan tidak menitik walaupun dalam cuaca panas dan lembap di Malaysia menjadikannya pilihan seramai 72% pengguna.
Rekaan label luaran jenama juga diperbaharui untuk penampilan kekemasan. Coraknya diinspirasikan oleh helaian rambut yang kemas dan dikukuhkan dengan kesan metlik premium.
Ia turut menampilkan pelakon terkenal di Malaysia, Zul Arifin buat pertama kalinya sebagai Duta Jenama. Melalui personaliti dan gaya kemas serta maskulin, beliau adalah pilihan tepat Pomade Code 10. Beliau membawakan watak baharu untuk pertama kalinya sebagai Tukang Rambut Hipster Klasik yang menmbawa kembali pendekar waktu dahulu kala ke era moden melalui kepakaran penggayaan rambut.
Atas usaha menghidupkan kembali jenama ini, Code 10 bekerjasama dengan rangkaian MYDIN untuk membawa Duta Jenama ini lebih dekat dengan pengguna melalui “Sesi Stail Kemas Bersama Zul Arifin”.