Winner Dynasty Group Derma 1Juta Topeng Muka Pada Sekolah Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Winner Dynasty Group Derma 1Juta Topeng Muka Pada Sekolah Malaysia |Sana sini berita yang sama didengari sekali di media sosial mengenai wabak COVID 19. Makin lama angka yang dijangkiti makin meningkat. Kalau peningkatannya angka yang kecil tak mengapa taoi kali ini angka yang besar. Kerana wabak ini ramai yang menjadi risau dan memberi kesan kepada semua terutama rakyat Malaysia. Masing-masing sibuk membeli topeng muka dan cecair pembasuh tangan tetapi kebanyakan tiada atau di jual dengan harga yang tinggi.

Topeng muka direkomenkan untuk digunakan oleh semua tidak kira di mana atau kemana. Tetapi bila mencari untuk dibeli dan dipakai harian tiada langsung. Berkesempatan bersama rakan rakan media yang lain di sidang media Sumbangan 1 Juta Topeng muka ke sekolah di Malaysia oleh Dato’ Seri Liow Soon Hee, Pengasas & Pengerusi Winner Dynasty Group sesuatu yang membanggakan. Kenapa berkata begitu kerana beliau rasa ini adalah tanggungjawab beliau sebagai warganegara Malaysia untuk membantu dan menyumbang kepada negara sendiri.

“Saya rasa ini adalah tanggungjawap saya sebagai rakyat Malaysia untuk memberi balik balik  menyokong negara saya dalam masa krisis ini. Saya sememangnya sangat prihatin tentang keselamatan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia dan berharap pembekal topeng tidak lagi menaikkan harga topeng muka kerana ianya tidak adil dan menyukarkan saya untuk mendermakan lebih banyak. Sebenarnya adalah satu kesalahan untuk peniaga mengambil kesempatan daripada wabak ini, oleh sebab itu, saya mengadakan sidang media ini.”

-kata Dato’ Seri Liow Soon Hee, Pengasas & Pengerusi Winner Dynasty Group

Sebenarnya Dato’ Seri Liow Soon Hee telah menyumbangkan 76,920 topeng dan bekalan perubatan ke kawasan-kawasan Covid-19 di China menerusi Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia pada Februari lalu. Beliau yang sememangnya bekerja rapat dengan perniagaan di China (terutama Xingyi City dan Wuhan) lebih sedekad yang lalu, telah memberikan sokongan padanya dan sekarang juga di Malaysia.

Bagaimana tercetus

Apabila Puan Chia Sang Sang, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola di SJK(C) Kheng Chee, Puchong meminta bantuan daripada selebriti Excella Chong, pengurus atasan di Winner Dynasty Group. Ini kerana sekolah tersebut memerlukan topeng muka untuk pelajar-pelajarnya. Namun begitu harga untuk topeng muka yang ada dijual pada hari ini terlalu mahal untuk dibiayai oleh sekolahnya. Lebih terkesan apabila bekalan untuk topeng muka di pasaran adalah terlalu kurang.

Atas prihatin pada masyarakat terutama kanak-kanak yang memnerlukan Dato ‘Seri Liow Soon Hee dengan bermurah hati untuk menyumbang kepada SJK (C) Kheng Chee dengan jumlah sebanyak 2,000 topeng. Isu Covid-19 dipandang serius oleh beliau dimana berjanji untuk cuba mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran virus Covid-19 di Malaysia seberapa banyak yang mampu. Selain dengan cara ini dapat mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19.

Harga Topeng Muka Naik Mendadak

Niat suci murni untuk membantu telah mendatangkan kerunsingan dimana harga topeng muka dijual dengan harga yang tinggi. Naik mendadak dari harga asal yang dimana tidak masuk akal. Bukan setakat harga ada yang menjualnya tanpa mempunyai dokumentasi yang sah.

Nasib menyebelahi dimana beliau dapat membeli topeng muka pada harga RM1.70 sekeping. Bagi anda di luar sana mungkin harga ini mahal tetapi beliau tetap membeli topeng muka ini atas sikap prihatin pada penyebaran virus dan ingin membantu para pelajar dilindungi dari Covid-19

Oleh itu, Dato’ Seri Liow Soon Hee telah menyeru kepada pembekal-pembekal dengan dokumentasi yang sah dengan tawaran harga yang munasabah untuk menhubungi pihak Winner Dynasty Group bagi membolehkan beliau membeli sekaligus dapat mencapai matlamat 1 Juta dermaan topeng muka kepada masyarakat.

Pernah di tipu dalam pembelian topeng muka membuatkan beliau membuat laporan polis mengenai ketidakadilan (penipuan).Ini kerana Dato’ Seri Liow Soon Hee sebenarnya boleh menyumbangkan dua kali ganda jumlahnya sekiranya pembekal menjual topeng di harga yang ditetapkan

Harapan

 Dato’ Seri Liow Soon Hee dari Winner Dynasty Group berharap sumbangan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia. Agar dapat bekerja secara kolektif dengan Malaysia sebagai satu tanggungjawab untuk menangani isu di Malaysia. Antara masalah yang dihadapi dimana harga topeng muka di jual dengan harga yang terlalu mahal. Moga memberi inspirasi kepada organisasi lain juga dalam menyumbang lebih banyak topeng muka dan sebagainya bagi membantu negara memerangi virus maut ini



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top