Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
OKAD Menyaksikan Persandingan Mukhriz & Suzaeka Bertema ‘FairyTale’~Kahwin kalau boleh nak sekali dalam seumur hidup sama juga dengan bersanding. Apabila bersanding, pastinya inginkan memori yang indah dirakam untuk dilihat nanti pada masa hadapan. Untuk merealisasikan keinginan seperti ini pastinya memerlukan rancangan rapi dari segi persiapan hingga pada hari persandingan bukan? Antara lokasi yang ingin KP rekomenkaan adalah di OKAD Event Space.
OKAD Event Space
Terletak di Bukit Jelutong Shah Alam dimana ianya adalah antara lokasi yang strategik buat anda yang ingin mengadakan persandingan atau sebarang majlis di sini. OKAD bukan setakat nama ye dimana ianya mempunyai nama di sebalik iaitu Oasis Kasih dan Damai. Baru saja di buka pada Disember 2019, dewan ini menyaksikan buat pertama kali persandingan : Majlis Resepsi Mukhriz dan Suzaeka berlangsung.
Dewan ini mampu memuatkan sehingga 500 orang pada satu majlis. Berkesempatan untuk turut serta meraikan dua pasangan sejoli ini teruja sangat. Manakan tidak sebab melangkah saja masuk ke dalam dewan kelihatan dewan dihiasi dengan pelbagai bunga dan ada juga rama-rama comel.
Yang menariknya tema yang dipilih oleh psangan pengantin adalah ‘fairy tale’. Bukan setakat KP terpegun tetamu yang hadir pun sama teruja dengan hiasan dan tatarias didalam dewan ini. Kepakaran dan ketelitian pihak pengurusan majlis OKAD yang berpengalaman dalam tatarias dewan menjadikan ianya lebih cantik dan ‘wow’
Raikan Cinta Mukhriz & Suzaeka
Ini adalah pasangan pengantin yang diraikan . Sama cantik sama padan.
Bilik Bidadari.
Untuk para pengantin, jangan risau tau sebab ada bilik yang disediakan untuk bersolek dan membuat persiapan sebelum majlis berlangsung. Siap dengan penghawa dingin dan sofa untuk berehat. Luas dan cantik dimana selesa untuk pengantin berada di sini.
Catering / Makanan
Kalau ke majlis persandingan pastinya juadah hidangan antara yang dicari. Manakan tidak sambil menikmati hidangan boleh bersembang bersama tetamu sama ada ahli keluarga atau saudara terdekat. Mungkin juga rakan-rakan terdekat atau yang lama tidak ketemu. Hidangan buffet yang paling sesuai agar pilihan makanan boleh dipilih sendiri oleh tetamu.
Hidangan untuk hari ini terdiri dari hidangan tradisi dan juga kuih muih. Nak hidangan ala barat pun ada tau. Nie yang buat ‘stay’ lama nanti
Pakej OKAD Event Space
Okad Event Space ada juga menyediakan sewa dewan serta pakej menarik yang mampu milik. Antara pakej lain yang boleh diadakan di sini ialah:
- Pertunangan
- Akad Nikah
- Seminar
- Makan malam
- Sambutan Ulang Tahun
- Aqiqah
Sekalung tahniah buat mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis persandingan ini secara langsung atau tidak langsung antaranya
Deco & Planner by Myj by Nabies @myj_by_nabies
Dress by Myj By Nabies @myj_by_nabies
Make-up by Nurul Shukor
@nurulshukor_official @queenxenddra_
Card Printing by GoodMAN PRINTING
@th3goodman
Video & Photography by Kuppifilm
@kuppifilm
Catering oleh zai seri gemilang @zai.srigemilang
Selawat pengantin oleh @mh.hanafi
Band oleh @lerumbaofficial
Lighting oleh @warisanstudio_
Dewan yang dihias cantik semestinya @OKAD
Walaupun masa hadir tempoh hari COVID 19 belum lagi berleluasa keprihatinan pada para tetamu masih dijaga dengan memastikan tisu basah dan hand sanitizer ada di setiap meja.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang promosi yang ada jika ingin menempah dewan mahupun pakej boleh hubungi;
Az 012-686 4515
Hamidah 017-735 0117
Majidah 017-650 3436
Alamat:
OKAD Event Space
No. 2A, Persiaran B,
Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor
Emel: okad.my@gmail.com
Facebook : okadeventspace
Instagram : okad_event_space
Cantiklah dewan dia. Orang Shah Alam boleh buat majlis kat sini kan