SPESIFIKASI SAMSUNG GALAXY A54 5G, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kalau hari tu cuma secara mata kasar, kali ini kite kasi lebih informasi tentang spesifikasi yang ada.

Untuk model kali ini ialah Samsung Galaxy A54 5G. Dimana ia adalah ‘smartphone’ terkini dari Samsung Galaxy A series.

SPESIFIKASI SAMSUNG GALAXY A54 5G

Banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membeli atau memiliki ‘smartphone’. Antara spesifikasi yang ada pada peranti ini adalah :

PANEL SKRIN

Didatangkan dengan panel skrin FHD+ Super AMOLED bersaiz 6.4 inci dan ia mempunyai resolusi 1080 x 2340 piksel (pixel). Kaca hadapan diperkuatkan dan dilindungi oleh kaca Gorilla Glass 5.

REKA BENTUK

Lebih kepada mirip Samsung Galaxy S series yang terbaru. Mempunyai kemasan dibahagian belakang dimana ianya memberi keselesaan apabla memegang. Yang penting tiada cap jari [Ini kite suka].

RINGAN KE?

Sekitar 8.2mm dan beratnya cuma 202 gram. Jadi semestinya sangat ringan dan dilengkapkan dengan ciri perlindungan rintangan air dan debu.

CIRI VISION BOOSTER

Ciri yang dipertingkatkan dan kadar penyegaran semula 120Hz yang dipertingkatkan. Paparan ini bersesuaian dengan pelbagai keadaan pencahayaan yang berbeza serta kecerahan yang boleh mencapai sehingga 1000 nits.

STORAGE

Mempunyai kapasiti 256GB storan serta dilengkapkan dengan aplikasi pengoperasian Android 13, One UI 5.1. Dikuasakan dengan chipset Exynos 1380 dan dipasang di dalamnya RAM 8GB.

PRESTASI

Dijamin peningkatan OS sehingga ke 4 generasi, kemaskini keselamatan untuk 5 tahun, dan waranti 2 tahun . Ciri-ciri ini membolehkan pengguna mengakses perisian, ciri keselamatan terkini, dan jaminan untuk memaksimumkan hayat penggunaan telefon pintar.

SPEAKER

Galaxy A54 5G didatangkan dengan setup stereo speaker tetapi tidak mengekalkan port 3.5 mm Audio Jack seperti peranti model lama.

KAMERA

Ada 3 kamera di bahagian belakang iaitu 50MP Utama F1.8 OIS dan dipasangkan dengan IOS (Optical Image Stabilization system), 12 MP/F2.2 (ULTRAWIDE) dan 5 MP/F2.4 (MACRO). 

Untuk kamera di bahagian hadapan pula, peranti ini dilengkapkan dengan kamera jenis 32 MP F/2.2 (SELFIE) 

NIGHTOGRAPHY DAN AI

Menghasilkan imej yang menakjubkan dengan kualiti yang dipertingkatkan tanpa mengambilkira keadaan pencahayaan yang terlampau terang atau kurang dengan menggunakan keupayaan Nightography dan AI terkemuka Samsung Galaxy.

BATERI

Bateri adalah isu utama yang perlu dititikberatkan. Bateri berkapasiti  5,000 mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 25 Watt. Ambil masa kira-kira 30 minit – untuk 46% kuasa bateri atau sekitar 90 minit -untuk sehingga 100%

WARNA

Empat warna pilihan untuk model ini iaitu Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome White

AWE-DAY, AWE-NIGHT

Setuju dengan tagline ini dimana ciri produktiviti seperti Modes & Routines, Quick Share, Link to Windows dan Samsung Wallet dapat membantu dalam perjalanan harian sesiapa yang meggunakannya.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge