SAMSUNG GALAXY A54 PANDANG PERTAMA, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari demi hari makin ada saja keluaran terbaru smartphone atau telefon bimbit. Yang penting, perlu cari smartphone yang bersesuaian dengan usia.
Kalau sebelum nie review Galaxy A53, kini ke Galaxy A54 pula.
UNBOXING SAMSUNG GALAXY A54 5G
Sebagai standard dalam setiap pembelian mempunyai
- Smartphone Samsung Galaxy A54 5G
- Kabel USB
- Pin Untuk Sim Kad
- Panduan Menggunakan Smartphone
- Warranty Kad
KABEL USB
Menggunakan kabel USB-C tanpa adapter charger. Ini adalah yang terkini yang ada dalam setiap kotak peranti Samsung.
WARNA SAMSUNG GALAXY A54
Untuk keluaran kali ini mempunyai 4 warna dimana Awesome Graphite, Awesome Lime, Awesome Violet, Awesome White. Kalau sebelum ini warna putih kali ini Awesome Graphite -warna hitam menjadi pilihan.
PIN UNTUK SIM KAD
Ianya adalah pin – digunakan untuk ‘eject’ ruangan meletakkan sim kad atau memory kad. Boleh beli memory kad dan masukkan di sini jika anda memerlukan storage yang lebih.
CHARGING
Bateri & fast charge antara fungsi yang penting sebelum membeli smartphone. Penggunaannya boleh dikatakan setiap minit kecuali tidur. Bateri 5000mAh amat membantu.
BERAT ATAU NIPIS?
Kali ini lagi ringan dimana ianya cuma 6.4 inches sahaja. Beza dari yang dulu 6.5 inches.
KAMERA
Menggunakan kamera 50MP dengan OIS menjadikan gambar anda lebih cantik dan terang. Video pula 4K@30fps, 1080p@30/60fps, 720p@480fps. Pasti dah boleh agak hasil dari tangkapan video bukan.
Tunggu tau ada lagi nak dikongsikan!