Ocean Park Hong Kong Summer Carnimal Kembali Hingga 2 September 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ocean Park Hong Kong Summer Carnimal Kembali Hingga 2 September 2018 |Ocean Park Hong Kong menganjurkan acara musim panas terbesarnya, Summer Carnimal, bermula dari sekarang hingga 2 September, yang menampilkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan lain daripada yang lain! Lebih daripada HK$ 37 juta (RM 19 million) telah dilaburkan dalam Summer Carnimal tahun ini, untuk meningkatkan pengalaman para pengunjung di taman yang pernah memenangi anugerah ini. Festival bertemakan musim panas dapat dirasai di seluruh Taman ini, yang menghimpunkan lebih dari seratus penghibur dari seluruh dunia dengan persembahan perarakan kostum yang bertemakan haiwan, juga persembahan kebudayaan asli Caribbean dan Brazil.

Day Parade 002.jpg

Bawa keluarga anda ke Hong Kong pada cuti persekolahan bulan Ogos yang akan datang dan nikmati keriangan musim panas yang luar biasa di Ocean Park – hanya 4 jam masa penerbangan ke Hong Kong! Berikut adalah pilihan utama kami untuk masa keriangan bersama keluarga anda.

HIBURAN TANPA HENTI

Perarakan Musim Panas Caribbean Setiap petang, penghibur-penghibur antarabangsa akan memakai kostum yang berwarna-warni, kreatif dan mewah dengan tiga tema utama: kehidupan marin, hidupan liar dan burung. Bersama dengan orang kaki bajang dan para pemuzik yang energetik, akan membawakan rentak muzik yang rancak dan irama yang mengasyikkan, penghibur antarabangsa akan mempesonakan para pengunjung dalam tiga perarakan Summer Carribean yang sangat bertenaga. Teruskan perjalanan ke Aqua City untuk berinteraksi dengan para penghibur dan alami suasana karnival yang unik di Taman ini. Perarakan ini akan berterusan pada waktu malam dengan para penghibur memakai kostum yang hebat dan mempamerkan gerakan tarian malam musim panas untuk berpesta bersama para pengunjung.

Viva Spectacular Persembahan kebudayaan autentik Caribbean di Applause Pavilion ini menampilkan persembahan muzik yang hebat, tarian dan persembahan aksi oleh pelbagai penghibur terkenal, termasuk Ebon Grayman yang telah bersama Cirque Du Soleil selama 13 tahun, dan Shemika Campbell, Ratu Limbo yang memegang 3 Rekod Dunia Guinness. Persembahan lain termasuk pelbagai aksi lagak ngeri dan pertunjukan tarian yang mengkagumkan, di mana para penghibur akan menjemput penonton untuk menyertai mereka di atas pentas bagi merasai keseronokannya. Para pengunjung akan berpeluang mengambil gambar dengan krew Caribbean selepas persembahan tersebut.

Whiskers 005.jpg

Aqua Kaleidoscope Ocean Theatre akan lebih meriah, dengan persembahan renang berirama yang mempesonakan oleh pasukan renang berirama kebangsaan dari Kanada. Para pengunjung akan merasa kagum dengan gerakan dan formasi yang dibuat dengan penuh teliti diiringi dengan lagu yang sangat harmoni. Persembahan balet air yang elegan ini akan mengujakan para pengunjung bersama pengalaman audio- visual yang yang mengasyikkan.

PESTA MUSIM PANAS Whiskers Wet & Foam Bash Aktiviti kanak-kanak yang popular di Ocean Park, Whiskers Wet & Foam Bash kembali dengan persembahan air pancut berwarna-warni dan gerbang skrin air, di mana seisi keluarga boleh menghilangkan rasa panas dan boleh menyejukkan badan sambil menikmati keseronokan bersama keluarga.

Face Painting (1).JPG

Wild Face Painting Kanak-kanak dan orang dewasa juga boleh mempamerkan semangat cintakan haiwan dengan cat muka yang istimewa dan unik oleh artis-artis di Ocean Park. Para pengunjung juga boleh melengkapkan penampilan diri mereka dengan topi bertemakan haiwan, boppers, t-shirt terikat bertema haiwan, sandal berfesyen dan lanyard yang bercahaya.

Street Acts and Shows Di seluruh taman, terdapat pelbagai aksi jalanan termasuk Capoeira, muzik drum, tarian jalanan yang bertenaga di mana ia akan menambah pengalaman musim panas yang sensasi. Rasai kehangatan musim panas dengan persembahan Capoeira Musim Panas yang menakjubkan, Drum Dramatique, Cheerleading Dance Fever dan Movin ‘UP. Para penunjung juga boleh mengambil gambar dengan para penghibur yang memakai kostum yang bertemakan haiwan.

Night Parade 002.jpg

After Dark Summer Night Pada waktu malam, DJ Burning Beats akan membuat persembahan di The Waterfront Plaza, yang memainkan lagu-lagu musim panas yang terbaik sepanjang malam. Para pengunjung juga boleh merasai hidangan musim panas dan minuman dingin dari Lakeside Chill, mereka juga boleh menyerlahkan gaya penampilan pesta dengan batang gelembung bercahaya, topi bertemakan haiwan dan lebih banyak barangan edisi terhad musim panas, bersama bengkel lukisan wajah dengan corak dan reka bentuk yang berwarna-warni.

Cool Cuisine Selain daripada persembahan yang menarik, restoran dan kios makanan di Taman ini menyajikan lebih daripada 100 hidangan musim panas yang menarik, termasuk menu masakan Cina musim panas yang lazat yang disediakan oleh chef Michelin-star Chan Kwok-keung dari Hong Kong, serta pilihan makanan dan minuman istimewa musim panas gaya Caribbean. Para pengunjung yang mencari pilihan makanan halal boleh berkunjung ke Panda Café Food To Go yang terletak di kawasan Taman Amazing Asian Animals dan Dive Into A Float di Taman Marin Sedunia.

Retail (1).JPG

PROMOSI ISTIMEWA

Peraduan Foto Instagram untuk Melawat Kepulauan Caribbean Tropika

Dari pertengahan Julai dan bulan seterusnya, pengunjung berpeluang untuk memenangi Royal Caribbean Cruise dan pakej percutian untuk dua orang bernilai HK$ 80,000 (lebih kurang RM41,000) yang ditaja oleh Royal Caribbean Cruises Hong Kong dan Ocean Park Hong Kong. Untuk menyertai cabutan bertuah ini, pengunjung hanya perlu mengabadikan kenangan indah Summer Carnimal di Ocean Park Hong Kong dan kongsi gambar-gambar tersebut di Instagram dengan kapsyen kreatif dan hashtags khusus. Butiran pertandingan foto ini akan diumumkan di akaun rasmi Instagram, laman peminat (fan page) Facebook dan laman sesawang Ocean Park Hong Kong. Penyertaan tertakluk kepada terma dan syarat.

Kemasukan Percuma hari Jumaat dan Sabtu Malam Para pengunjung boleh memasuki Taman secara percuma pada setiap hari Jumaat dan Sabtu dari pukul 8:30 malam hingga ke 11 malam untuk menyertai pesta DJ, menikmati hidangan musim panas dan minuman sejuk di Lakeside Chill, Restoran Neptune, Aqua Bakery, atau membeli-belah di Gift Waterfront *. (* Pameran haiwan, tunggangan ‘thrill’ dan tarikan lain akan ditutup pada waktu petang.)

About The Author

1 thought on “Ocean Park Hong Kong Summer Carnimal Kembali Hingga 2 September 2018”

  1. Pingback: IP Man 4 :The Finale Bakal Mengakhiri Kesinambungan IP Man

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top