Posted in

SUNWAY SANCTUARY ANJUR SAMBUTAN HARI IBU – ‘GENERATIONS OF LOVE’

SUNWAY SANCTUARY

Sunway Sanctuary Rai Hari Ibu Dengan Sambutan Penuh Emosi, Satukan Kasih Sayang Merentasi Generasi

SUNWAY SANCTUARY

Sunway Sanctuary terus memperkukuh komitmennya sebagai komuniti kehidupan warga emas premium menerusi penganjuran “Generations of Love – A Mother’s Day Celebration” yang berlangsung pada 8 hingga 9 Mei 2026.

SUNWAY SANCTUARY

SAMBUTAN HARI IBU

Sambutan istimewa selama dua hari itu menghimpunkan keluarga daripada pelbagai generasi dalam sebuah acara penuh makna yang meraikan kasih sayang, penghargaan dan pengorbanan insan bergelar ibu.

‘GENERATIONS OF LOVE’

Mengangkat tema “Generations of Love”, acara ini mengetengahkan perjalanan keibuan dalam pelbagai fasa kehidupan — daripada ibu yang membesarkan keluarga, bakal ibu yang menantikan kelahiran cahaya mata, hinggalah anak-anak yang ingin menzahirkan penghargaan kepada figura keibuan dalam hidup mereka.

SUNWAY SANCTUARY

Lebih bermakna, sambutan ini bukan sahaja didedikasikan kepada komuniti warga emas di Sunway Sanctuary, malah turut melibatkan ibu selepas bersalin menerusi kemudahan pusat penjagaan postnatal yang tersedia di dalam premis tersebut. Pendekatan ini mencerminkan visi holistik Sunway Sanctuary dalam menyediakan penjagaan menyeluruh merentasi setiap peringkat kehidupan.

KOMUNITI SOKONG GAYA HIDUP AKTIF

Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Urusan baharu Sunway Sanctuary, Doris Chin yang menekankan kepentingan memperkasakan warga emas agar terus aktif, terlibat dalam komuniti dan menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

SUNWAY SANCTUARY

Menurut beliau, Sunway Sanctuary direka sebagai sebuah komuniti yang menyokong gaya hidup aktif dan penuaan yang lebih positif, selari dengan peningkatan permintaan terhadap kediaman persaraan berkualiti tinggi serta penjagaan kesejahteraan holistik di Malaysia.

PELAN RENOVASI FASA 2

Dalam masa sama, acara ini turut menjadi platform untuk berkongsi perkembangan masa depan Sunway Sanctuary termasuk pelan renovasi Fasa 2 yang bakal meningkatkan kapasiti kediaman daripada 235 kepada 456 unit. Perkembangan tersebut sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan mereka dalam menyediakan komuniti kehidupan warga emas yang lebih moden dan inklusif.

Penganjuran acara ini turut mendapat kerjasama daripada Applecrumby serta MamaClub yang membantu memeriahkan festival melalui pelbagai aktiviti gaya hidup dan kekeluargaan.

BAZAAR MINI

Sepanjang acara berlangsung, pengunjung menikmati suasana mesra keluarga menerusi bazar mini yang menawarkan pelbagai produk ibu dan bayi, aktiviti interaktif, permainan keluarga serta sesi cabutan bertuah yang menambahkan lagi kemeriahan sambutan Hari Ibu tersebut.

SUNWAY SANCTUARY

Antara tarikan utama ialah sudut penghargaan khas yang membolehkan pengunjung menulis ucapan penuh kasih sayang buat ibu dan individu yang memainkan peranan keibuan dalam hidup mereka. Ruang tersebut menjadi simbol penghargaan emosi yang cukup menyentuh hati sepanjang acara berlangsung.

Selain itu, pelbagai bengkel kreatif bertemakan Hari Ibu turut dianjurkan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil mencipta kenangan indah bersama orang tersayang.

FULL MOON PARTY BOX

Pengalaman gaya hidup dan kulinari turut menjadi sebahagian daripada sambutan apabila Sunway Sanctuary memperkenalkan Full Moon Party Box khas untuk ibu selepas bersalin sebagai sebahagian daripada pakej penjagaan postnatal mereka.

Selaras dengan falsafah kesejahteraan holistik, acara ini turut menampilkan Sudut Kesihatan & Kesejahteraan menerusi kerjasama bersama Sunway Medical Centre dan beberapa rakan kesihatan lain yang menyediakan pelbagai perkhidmatan serta konsultasi kesihatan kepada pengunjung.

SUNWAY SANCTUARY

Melalui “Generations of Love – A Mother’s Day Celebration”, Sunway Sanctuary bukan sahaja meraikan Hari Ibu, malah berjaya memperlihatkan bagaimana hubungan kekeluargaan, kesejahteraan dan komuniti boleh disatukan dalam sebuah pengalaman yang lebih bermakna dan penuh nilai kasih sayang merentasi generasi.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *