NESCAFÉ CLASSIC KOPI KEDAH KINI KEMBALI, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Demi terus menggembirakan penggemar kopi Malaysia, Nestlé Malaysia kembali lagi dengan melancarkan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah edisi 2023 berwajah baharu! 

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020, edisi kali ini merupakan edisi ketiga produk kopi tempatan keluaran sulung Syarikat.

NESCAFÉ CLASSIC KOPI KEDAH

Diperbuat daripada 100% biji kopi Malaysia yang dibeli menerusi Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih.

Mencerminkan komitmen Nestlé Malaysia untuk menggiatkan semula perladangan kopi di Malaysia. Serta meningkatkan punca pendapatan komuniti peladang tempatan.

Program tersebut dimulakan pada 2019 dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah (KSDA) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Kedah (KEDA),.

Memberi bimbingan kepada peladang tempatan menerusi latihan dan bantuan teknikal dalam penyemaian benih, penanaman dan penyenggaraan ladang, serta operasi selepas memetik hasil.

Dengan menyediakan asas bagi mewujudkan ekosistem penanaman kopi lebih hijau. Juga membantu peladang beralih kepada amalan pertanian lebih mesra alam seperti pertanian regeneratif.

NESCAFÉ DISEMAI DENGAN KASIH

Setakat ini, NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih telah berjaya melatih sekitar 270 peladang. Memberikan sokongan untuk menanam kira-kira 270,000 anak benih kopi di seluas 150 ekar tanah.

“Sejak 2019, kami telah  berusaha gigih bersama para penanam kopi tempatan kita untuk memulihkan penanaman kopi di Kedah, Perak dan baru-baru ini di Kelantan.

Mencerminkan komitmen kami untuk melaksanakan amalan terbaik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), usaha ini adalah sebahagian daripada agenda kelestarian kami untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan melindungi rantaian bekalan makanan.

Kami berharap program ini dapat membantu meningkatkan punca pendapatan peladang kopi tempatan kita yang mendapat manfaat daripada hasil tanaman yang lebih tinggi.

Pendapatan yang terpelbagai sambil kami menyokong mereka dalam usaha mengguna pakai amalan pertanian regeneratif seperti tanaman selingan.”

“Kembalinya NESCAFÉ Classic Kopi Kedah memperlihatkan kemajuan program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih. Kami sukacita untuk sekali lagi berkongsi cita rasa Malaysia ini dengan para pengguna,”

-tambah Aranols.

CERMINKAN KEPRIHATINAN DAN RASA HORMAT

“Setiap cawan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah mencerminkan keprihatinan dan rasa hormat yang dicurahkan oleh para peladang NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih sepanjang proses penanaman kopi.

Dalam tempoh beberapa tahun sejak program dimulakan, kami telah melihat kemajuan yang menggalakkan. Kami akan terus menyokong sektor kopi tempatan untuk mencipta detik-detik kopi istimewa untuk rakyat Malaysia di seluruh negara.”

-kata En. Raef Labaki, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Kopi, Nestlé (Malaysia) Berhad.

KEMBALI DENGAN WAJAH BARU

Pada tahun ini, NESCAFÉ Classic Kopi Kedah kembali dengan wajah baharu yang memaparkan seni anyaman tradisional untuk meraikan warisan tempatan Malaysia.

Pembungkusan pada tin juga menunjukkan mercu jaya penting yang dicapai menerusi NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih.

Mengetengahkan salah seorang daripada peladang kopi tempatan program ini yang bertanggungjawab menghasilkan biji kopi bermutu tinggi.

Dengan cita rasa tersendiri, yang disemai dengan kasih untuk dinikmati sepenuh hati.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge