Jom Bersama Doraemon Sambut Tahun Baru Cina Di Paradigm Mall
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jom Bersama Doraemon Sambut Tahun Baru Cina Di Paradigm Mall|Robot kucing biru kesayangan anda kini kembali dibawakan oleh Animation International (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Paradigm Mall, Petaling Jaya (Paradigm Mall PJ). Sebuah pop-up store rasmi Doraemon kini dibuka di aras Upper Ground pusat membeli-belah berikut bermula 11 Januari hingga 17 Februari khusus untuk anda!



“Saya berharap agar para pengunjung dapat berseronok dengan pop-up store pertama kami, khususnya para peminat Doraemon. Kami juga berharap mereka gembira sementara dapat menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.”
“Bagi meraikan ketibaan Tahun Baru Cina, pusat membeli-belah ini telah merancang pelbagai promosi dan aktiviti menarik untuk para pengunjung. Tahun ini, kami membawakan watak kegemaran ramai iaitu: Doraemon dan kawan-kawan ke Paradigm Mall PJ khas untuk mereka!”“Dalam menyambut perayaan Tahun Baru Cina, kami sangat gembira dapat menjadi tuan rumah dan berkongsi kegembiraan dengan anak-anak yang kurang bernasib baik. Kami berharap mereka akan berseronok dan menikmati program yang telah disediakan.”

