FAMILY KITEPUNYE

Fast Mart Mini Street Menambahkan Lego Collectionku

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Fast Mart Mini Street adalah Lego collection terbaru dalam family KP. Pada yang mengenali KP dan pernah membaca di mana Irfan & Qurratul adalah peminat setia Lego. Setiap minggu kalau boleh mesti ada koleksi baru untuk lego familynya agar dapat menambah koleksinya.

Berjalan-jalan di Uptown Kota Damansara, tempat pertama yang wajib di singgah iyalah kedai lego bersebelahan dengan kedai kasut. Pelbagai koleksi yang ada di sini boleh jadi rambang mata dan kalau boleh semuanya nak beli. Geram sebab comel belaka, kembali balik ke zaman kanak-kanak pula.

Koleksi terbaru dalam keluarga kami 

Mini Street

Ianya adalah koleksi kedai sebanyak 8 kedai terdiri dari Fast Mart, Nike, Apple, Dunkin Donut, KFC, Mcdonald, Starbucks dan 7-11. Sesuai untuk penggemar Lego dan umur 6 tahun ke atas di syorkan untuk bermain. Takut pula bawah dari 6 tahun tertelan atau tercekik kerana terdapat kepingan lego yang halus

Fast Mart Mini Street

Fast Mart Mini Street

koleksi terbaru KP dan family. Seperti supermarket yang ada di luar macam KK dan 99 Speedmart. Mempunyai 201 keping dan menariknya ialah 3D . Maksudnya di belakang pun boleh nampak apa yang ada . Tak percaya jom tengok
Fast Mart Mini Street Gambaran di kotak, cantik tak.. La tak percaya ke takpe , kena baca sampai habis tauFast Mart Mini StreetInilah kepingan lego yang ada dalam Fast Mart Mini Street. Apalagi kami semua dah excited nak buat nie. Jadi tunggulah sekejap ye..
Fast Mart Mini StreetYeay, berjaya menyiapkan dalam tempoh 45 minit itu KP buat sendiri. Belum lagi Irfan atau Qurratul mungkin lagi cepat dari KP kot sebab Lego nie dah sebati dalam jiwa mereka
Fast Mart Mini Street Betul tak KP kata tadi Fast Mart Mini Street nie lain sikit sebab kita boleh lihat apa yang ada di belakang kedai tu. Siap dengan lampu tu yang tak tahan. Comel kot !!

Fast Mart Mini Street

Ini baru satu Fast Mart Mini Street, masih ada lagi 7 yang KP nak share. Rugi wei kalau tak beli, dah siap pasang letak sebaris nampak comel ajer semua. Nanti jangan lupa singgah blog KP tengok yang koleksi lain tau

#kitepunye #kitepunyedotcom #legocollection #fastmartministreet