Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Makan tengahari kami #ETWPutrajayaFoodTrail kali ini di Penanggah, Putrajaya. Penanggah di Putrajaya merupakan sebuah “food court” yang menjual pelbagai jenis masakan di sini. Yang menjadikan ianya kelainan ialah kebanyakkan bahan-bahan yang digunakan dalam masakan di sini ada terdapat di Taman Warisan Putrajaya. Semestinya selepas pusing-pusing di dalam Taman Warisan mesti penat dan lapar jadi jom singgah

Taman Warisan Putrajaya

Untuk ke Penanggah, Putrajaya

Dari Putrajaya Sentral naik Nadi Putra Bus di mana ianya akan melalui Taman Warisan Putrajaya. Jangan lupa tekan loceng tau kalau tak bas tak berhenti. Kalau takuut sesat naik sahaja teksi ke sini pastinya sampai

Kita mulakan dengan gerai minuman.

Kalau nak minum coconut shake tak perlu ke Klebang di sini pun ada. Harga cuma RM 3.50 dengan aiskrim. Pulut mangga pun layan juga

Penanggah, Putrajaya Kalau nak kelainan apa kata cuba ABC , leci kang atau cendul. ABC dia walaupun untuk seorang tapi hidangan macam untuk 2 orang . Tak larat nak habis minum ABC seorang. Kalau di gerai ini, air kelapa ada 3 jenis di jual – air kelapa biasa, air kelapa laut dan air kelapa vanilla.
Penanggah, Putrajaya Kalau nak cendol , di gerai ini pelbagai cendol di jual seperti cendol biasa, cendol aiskrim , cendol pulut , cendol tapai dan lain-lain lagi. Boleh kekenyangan minum air sahaja bila di sini.Penanggah, Putrajaya

 

Gerai Makanan

Nasi Kukus Apak – nama agak kelakar tetapi nasi ini adalah antara gerai yang mempunyai ramai pengunjungPenanggah, Putrajaya Ini adalah nasi kukus  Apak. Siap ada 2 sambal cili di hidangkan sekali bersama sepinggan nasi kukusPenanggah, Putrajaya Nasi Ayam Berempah – ini adalah gerai yang WIN. Gerai ini yang mempunyai ramai pelanggan sepanjang KP menikmati hidangan KP disini Penanggah, Putrajaya

Inilah ayam berempah yang digunakan
Penanggah, Putrajaya

Betul tak apa yang KP kata, ramai pengunjung sanggup beratur untuk menikmati hidangan ini. Simple, cepat dan yang pastinya KENYANG.
Penanggah, PutrajayaNasi ayam berempah. Lihat tak nasi semangkuk bersama sos kicap, sos cili, sepotong ayam , salad, tomato dan dilengkapkan dengan sup. Makan nasi ayam ini, tak pandang kiri kanan dah. Kata orang “mak mentua lalu pun buat tak tahu”Penanggah, Putrajaya Nakkan kelainan meh ke gerai ini yang menjual nasi kerabu dan nasi dagangPenanggah, Putrajaya Nasi dagang ada lauk ikan dan lauk ayam . Bagi nasi kerabu ada pelbagai lauk seperti , daging bakar, ayam bakar, ikan celup tepung , telur masin dan yang WIN solok lada. Makan dengan solok lada terbaik Penanggah, Putrajaya Inilah pilihan KP untuk hari ini , memandangkan daging bakar tak siap lagi cukuplah dengan solok lada dan telur masin. Penanggah, Putrajaya Untuk yang inginkan makanan simple , KP syorkan Uman Roti John . Lihat sahaja menu ada single John, Couple John dan Couple Wrap John .. Agaknya macam mana rupanyaPenanggah, Putrajaya Dalam pembikinan membuat roti johnPenanggah, PutrajayaBahan-bahan yang di gunakan semuanya adalah segar dan dari jauh kelihatan enak
Penanggah, PutrajayaDah siap hidangan untuk kami.. opsss bukan untuk di makan hanya untuk ambil gambar sahaja ( pinjam jap). Inilah couple wrap john
Penanggah, PutrajayaGerai sup juga ada di sini dengan menghidangkan pelbagai aneka sup. Dari sup ayam-daging-campur mahupun di makan dengan mee, meehun atau kuey teow.
Penanggah, Putrajaya Jangan terkejut bakso pun ada di jual di sini. Tak perlu gusar di sini pun ada juga. Cuma perlu order, bayar dan makanan pun siap untuk di nikmati antara sedap ataupun memang layan.Penanggah, Putrajaya Bakso telur dan bakso kosong.. hidangan bakso special. Bagi KP kalau lebih sedikit garam di dalam sup, rasanya lagi kick supnya.Penanggah, PutrajayaKalau bersama media mahupun blogger, sesampai sahaja makanan kamera ataupun handphone yang akan makan dahulu di mana kami sibuk mengambil gambar makanan. Siap dan selesai barulah menjamah makanan dengan penuh selera.
Penanggah, PutrajayaTak payah nak OOOOOO…. sangat ye… Ini bukan makanan KP seorang, ini kami berempat,Wendy, Azlin, Chency dan KP.Penanggah, Putrajaya Inilah pilihan KP – nasi kerabu bersama coconut shake dan teh o ais untuk hilangkan dahagaPenanggah, Putrajaya

Oh ya asyik cerita pasal makan sahaja mesti nak tahu kat mana . Memanglah KP ada kata Penanggah di Putrajaya tapi apa alamat penuhnya bukan . Haa,… ini KP kongsikan bersama.. Dah ada alamat jangan tak pergi pula tau. Tak menyesal sekali sekala makan makanan tengah hari di lokasi yang berbeza dengan pelbagai menu yang ada. Alhamdulilah dah kenyang so jom ke lokasi seterusnya 
Alamat : Taman Warisan Pertanian, Precinct 16, Putrajaya, 62150, Putrajaya, WP Putrajaya, 62150, Malaysia
Contact :+60 3-8888 3025
Website: Penanggah
 Penanggah
#ETWPutrajayaFoodTrail
Anjuran bersama : Only Mee, Hotel  Quickly, PICC, Cruise Tasik, Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd dan Tai Thong Group 

*masih ada lagi entri #ETWPutrajayaFoodTrail, tunggu tau

#kitepunye #kitepunyedotcom #ETWPutrajayaFoodTrail #onlymee

1 Comment

  1. Abdullah

    Makan baca doa sebelum & selepas..Alhamdulillah banyak nikmat Allah beri kepada kita.. kita azam usaha iman & amal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge