EXACXLI PERCATURAN PERTAMA ABUBAKARXLI BERSAMA DEF JAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Exacxli Percaturan Pertama Abubakarxli bersama Def Jam|Album E.P. berjudul EXACXLI terbitan Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia sudah dilancarkan. Kolaborasi antara Abubakarxli dan Def Jam Asia. 

Exacxli

Mengandungi enam buah lagu yang cukup bertenaga, keseluruhan lagu dalam album E.P. ini adalah hasil buah tangan sulungnya bersama Def Jam.

Album E.P. EXACXLI merupakan sebuah naskah yang bakal menggegar dan mewarnai industri hiburan tanahair terutamanya peminat hip-hop sendiri.

Memiliki bakat serba boleh, kemampuan rapper yang berasal dari Ipoh, Perak ini mendapat kebebasan daripada syarikat rakamannya menerbitkan album E.P. sendiri dengan sentuhan komposer muda hebat Exactesy.

Exactesy

“Saya gembira dapat bergandingan dengan Exactesy. Seorang komposer muda yang mempunyai banyak ilham-ilham bernas dan segar ketika menghasilkan karya.

Exactesy  menepati keinginan saya untuk menerbitkan setiap lagu yang ada dalam EXACXLI mengikut jenis ritma dan irama bertepatan dalam konsep album E.P. ini,” 

-kata Abubakaxli

Kesefahaman yang telah lama dibina secara tidak langsung memberi garapan hasil berkualiti dari segi audio, rentak irama, lirikal dan aspek-aspek lain menepati kehendaknya.

Abubakarxli

“Syukur Alhamdulillah, setelah hasil kerja keras, bersengkang mata dan memerah keringat dalam studio. Akhirnya, hari ini karya terbaru saya album E.P. EXACXLI berjaya diterbitkan untuk peminat-peminat hip-hop tanahair dan genre seumpama ini,”

Mengagumi hasil kerja komposer kreatif seperti Exactesy, komposer berbakat besar yang juga sahabatnya, Abubakarxli menyatakan dia tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan karya-karya hebat dalam album E.P. EXACXLI.

Nama Abubakarxli (Abu Bakar Ali) mungkin masih baru dalam industri hiburan tanahair. Tetapi dalam arena hip-hop tempatan khususnya generasi millennials yang dahagakan karya relevan lagi segar,

Abubakarxli menjadi buah mulut bahawa beliau bakal menjadi peneraju masa depan genre muzik popular ini.

Kemampuan luar biasa anak muda baru berumur 24 tahun ini disebut-sebut sebagai MVP (Most Valuable Player) penyanyi rap era baru. 

Rakam karya ketika pandemik

 “Sebenarnya ada di antara lagu dalam album E.P. EXACXLI telah saya karang lebih empat tahun lalu. Sehinggalah saya mengambil keputusan untuk merakamnya semula ke dalam studio.

Ketika seluruh negara berada dalam situasi dilanda pandemik yang nampaknya masih belum berkesudahan,”

Balik Kampung

Lagu Balik Kampung misalnya, salah sebuah karya yang Abubakarxli hasilkan sebagai salah satu motivasi untuknya bekerja keras lantaran dirinya telah membuat keputusan untuk terus berjuang sebagai anak seni. 

“Tidak kiralah apa juga rintangan yang ada di hadapan. Saya kata pada diri saya ketika itu berada sendirian semasa perintah kawalan pergerakan,kalau nak buat benda ni, buat betul-betul, kalau tak tahan boleh Balik Kampung,’” 

-sambung Abubakarxli

Selain Balik Kampung, terdapat lima buah lagu lain seperti ‘Terbang’ (featuring Airliftz & Zet Legacy), ‘Ada Orang’ (featuring Sxph & Pele.L), ‘Rehat’,  ‘Jangan Marah’ (featuring Touche & NOTAIZAT) dan ‘Selesai’ (featuring Danye).

Turut dimuatkan dalam album E.P. ini. Setiap satu karyanya disusun dengan kemas dan terperinci untuk memastikan kepuasan dapat disajikan kepada para peminatnya.

“Uniknya, saya dapat merakamkan kebanyakan lagu-lagu dalam album E.P. ini bersama rakan-rakan yang cukup rapat dengan saya.

Mereka ini merupakan sahabat-sahabat yang banyak memberi inspirasi kehadiran saya dalam industri baik di arus perdana mahupun bawah tanah.

Ya, album E.P. EXACXLI ini cukup istimewa dan mempunyai nilai sentimental yang cukup tinggi dan bersifat peribadi kerana kesemua artis jemputan yang turut serta dalam setiap lagu adalah ibarat keluarga pada saya,” jelasnya tanpa berselindung.

Video Muzik

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut layari



1 thought on “EXACXLI PERCATURAN PERTAMA ABUBAKARXLI BERSAMA DEF JAM”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top