Setem Adiwira Marvel Sudah di Jual di Pos Malaysia!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setem Adiwira Marvel Sudah di Jual di Pos Malaysia!|Anda peminat mana mana adiwira atau superheroes? Anda minat dengan watak watak dari komik Marvel? Kalau ye ini berita baik untuk anda dimana Pos Malaysia ada sesuatu untuk anda. Koleksi terhad Setem Adiwira Marvel . Yang penting jangan ketinggalan .

Pos Malaysia telah melancarkan siri setem Adiwira Marvel dengan kerjasama The Walt Disney Company Southeast Asia. Koleksi siri setem terulung ini boleh didapati mulai 4 Julai 2019 di semua 13 Pejabat Pos Besar seluruh negara atau melalui kaedah dalam talian Pos Malaysia di www.eziemall.com.

Set setem edisi terhad Adiwira Marvel ini memberi penghormatan kepada buku-buku komik marvel dan disamping sambutan Ulang Tahun ke -80 Marvel yang berlangsung sepanjang tahun ini.

Siri setem koleksi Adiwira Marvel kegemaran ramai yang ada seperti

Iron Man

Thor

Spider-Man

Hulk

Doctor Strange

Black Panther

Loki

Thanos

Black Widow

“Koleksi setem “Marvel 80 Years” ini merupakan antara keluran setem yang wajib dimiliki terutamanya bagi peminat Marbel keranadidatangkan dalam reka bentuk yang berkonsepkan buku komik yang unik dan menarik.

“Koleksi setem ini sememangnya merupakan barangan bernilai edisi terhad kerana ia memperlihatkan elemen buku-buku komik dan dunia Marvel yang berusia 80 tahun. Selain itu memanfaatkan siri filem blockbuster yang menceritakan pancaroba yang dihadapi wira-wira ini.

Kita membesar dengan pengembaraan wira-wira ini dan mengenali watak-watak dan persona mereka. Oleh itu, kami sangat gembira untuk meraikan elemen-elemnen tersebut meneruis siri setem terhad ini, diperingat dalam kerangka setem. Adalah menjadi harapan kami bahawa pengenalan setem seperti ini akan menarik golongan muda untuk mengumpul setem dan memberu nafas baharu kepada hobi mengumpul setem pada zaman moden ini”.

-Naib Presiden Kanan – Pemasaran, Schrene Goh

Tidak seperti penerbitan setem khas, setem koleksi ini hanya boleh didapatkan dalan set folder secara lengkap. Set folder Adiwira Marvel ini terdiri daripada dua lembaran setem bertebuk, satu setem tanpa tebukan , dua keping sampul cenderamata, dua keping poskad dan sekeping folder. Ianya tidak dijual berasingan ya,

Hanya 10,000 keluaran sahaja untuk siri setem koleksi Adiwira Marvel ini jadi jangan ketinggalan ya. Untuk maklumat lanjut sila layari

Pos Malaysia FB : https://www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad/

Pos Malaysia Website :https://www.pos.com.my/



1 thought on “Setem Adiwira Marvel Sudah di Jual di Pos Malaysia!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge