Big Bad Wolf Jualan Buku Terbesar Dengan Lebih 4.5 Juta Koleksi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Big Bad Wolf Jualan Buku Terbesar Dengan Lebih 4.5 Juta Koleksi| Jualan Buku Big Bad Wolf, yang terkenal sebagai jualan buku terbesar di dunia, akan membuat kemunculan sekali lagi pada tahun ini di Kuala Lumpur. Jualan buku tahunan ini akan dianjurkan selama 11 hari, bermula dari 7 hingga 17 Disember 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan. Pintu akan dibuka selama 24 jam dan masuk adalah percuma.

Terdapat lebih daripada 4.5 juta naskhah buku dengan potongan harga 75% – 95% dari harga runcit. Pengunjung juga boleh mendapatkan pilihan buku dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina daripada pelbagai kategori seperti buku jualan terlaris, novel remaja, buku kanak-kanak, novel romantis, sains, jenayah, seram, buku perniagaan, seni dan reka bentuk, buku masakan, dan banyak lagi.

Jualan Buku Big Bad Wolf yang ke-10 ini telah berkembang pesat sejak penubuhannya pada tahun 2009. Meskipun perniagaan semakin maju, matlamat mereka tetap sama, – untuk memudahkan akses bahan bacaan untuk setiap lapisan masyarakat.

“Walaupun sudah bertahun-tahun menguruskan Jualan Buku Big Bad Wolf, komitmen kami masih kekal. Kami ingin terus memupuk budaya minat membaca dan berharap dapat meningkatkan tahap celik huruf dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Pada pendapat saya, membaca adalah jambatan ilmu. Dengan adanya ilmu, ia dapat mendorong kita untuk melakukan apa sahaja”,

-kata Andrew Yap, Pengasas Big Bad Wolf Books.

Dalam usaha untuk memberikan kembali kepada masyarakat, Big Bad Wolf Book Sale bermitra dengan Zon Ilmu Pengetahuan Astro Kasih menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat, Program Red Readerhood di mana orang ramai digalakkan menderma buku kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

BBWKL18 - 04

Selebriti Zon Ilmu Pengetahuan Astro Kasih membawa selebriti seperti Lisa Surihani, Dina Nadzir, Daniel Lawak Solo, Lin Ariffin, Calista Leah, Emily Quak, Joe Chan dan JieYing Tha yang akan membuat penampilan mereka sebagai pencerita dan menyelaraskan kuiz di Jualan ke menunjukkan sokongan mereka terhadap inisiatif itu.

Bagi golongan pelajar sekolah, pelbagai jenis buku pembelajaran boleh didapati daripada penerbit buku tempatan yang terkenal seperti Kualiti, Sasbadi, Nusamas, Cemerlang dan
Pelangi. Selain itu, penerbit daripada Karangkraf, PTS, Pakeer dan Pustaka Azhar juga turut menyediakan novel kontemporari Malaysia di jualan tersebut.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila kunjungi www.bigbadwolfbooks.com.

Ikuti #BBWKL2018 di:
FACEBOOK: fb.com/bbwbooks
INSTAGRAM: @bigbadwolfbooks




.

1 thought on “Big Bad Wolf Jualan Buku Terbesar Dengan Lebih 4.5 Juta Koleksi”

  1. Pingback: Jualan Buku Big Bad Wolf Beralih Kepada Platform Online

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top