ZAMAN KANAK-KANAK TANPA GADGET, MEMANG AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rindu pada zaman kanak-kanak yang tidak sama seperti sekarang.
Kalau dulu kite boleh sahaja hidup tanpa gadget, tidak sekarang. Kalau dulu habis sahaja sekolah, balik terus tukar baju nak main dengan kawan-kawan.
Kena marah sebab balik lambat. Atau kena perembat sebab nak maghrib baru balik itu semua kenangan.
ZAMAN KANAK-KANAK TANPA GADGET
Siapa setuju sila angkat tangan, terutama anda yang lahir sebelum tahun 2000. Ini adalah moment yang pasti anda akan ingat selamanya.
Dan kalau dapat balik ke zaman dulu pastinya ingin sangat. Bersama kawan-kawan, menghabiskan masa tanpa perlu ada risau.
Antara aktiviti yang biasa dibuat
- KUBU
Seakan kubu kalau dilihat. Ada pula yang kata macam ‘maze’. Hanya dengan menggunakan kusyen saja untuk membuat kubu ini. Nak lagi canggih guna selimut untuk buat bumbung.
Kusyen stail begini hanya ada di rumah-rumah lama sahaja. Ada yang set 12, ada yang set 14. Lagi best kalau masa cuti sekolah atau malam raya sebab sepupu semua balik.
- LIPAT PATUNG KERTAS
Lipat patung kertas ni masih ada lagi sampai awal 20’an. Susah nak dapat dah sekarang. Macam pengganti pada patung Barbie. Kecuali yang ini kertas dan murah.
Di jual dengan harga RM 0.50 ke atas. Lagi banyak akesesori lagi mahal harganya. Tapi semuanya cantik-cantik dan lawa.
Kalau siapa ada set yang nie dikira ‘orang kaya’ sebab mahal nak beli. Nak main senang saja, keluarkan dari kertas. Kemudian pilih baju atau dress yang ingin dipakaikan.
Lipat di bahu atau di pinggang agar ia nampak cam tersangkut. [ada tempat untuk dilipat]. Jangan lupa aksesori yang lain seperti kasut, beg tangan, rantai dan lain-lain.
- BALING SELIPAR
Permainan yang paling best untuk dimain masa tahun 80-90an. Main game nie hati kena kental tak boleh cenggeng atau ‘kuat nangis’.
Mana taknya kalau main dengan budak lelaki dia tak kira kite perempuan ke tak, dia balas betul-betul. Sekali selipar tu baling kena mau berbirat badan haha.
Nak-nak lagi kalau selipar Jepun yang tapak tebal . Yang itu kalau kena tiada maaf bagimu ye.
- NYANYI DEPAN KIPAS
Mengimbau sungguh kenangan di masa kanak-kanak. Untuk yang ini, ramai yang biasa buat masa bulan Ramadan. Mana taknya, nak bagi masa berlalu dengan cepat.
Buka kipas lepas tu nyanyi ikut lenggok kipas tu ke mana. Silap haribulan boleh kena rotan atau bebel dek orang tua sebab suara sumbang.
Ada pula yang buat sebab nak hilang mata ngantuk bila kena baca/ buat kerja sekolah.
- BUKU TEKS ZAMAN 90AN
Nampak sangat dah zaman sekarang makin moden. Kalau dulu buku teks kite simple dan ringan. Kelainan buku ini sebab di belakang buku teks ni ada jawapan.
Buku zaman dulu senang nak baca. Kata orang ‘straight forward’ tak macam sekarang KBAT. Gambarajah yang ada didalamnya pun tidak mengelirukan langsung.
Yang penting ‘user friendly’
- TENG-TENG
Mainan nie seronok tau. Kalau dipasir kena lukis guna kayu atau ranting. Kalau nak juga main tapi rumah bukan ada pasir kat simen pun boleh.
Lukis segi empat dan menggunakan batu untuk buah-nya.
Pinjam kapur sekolah , lukis teng-teng pastu main. Siapa yang melompat tak kena garisan dari mula sampai habis dialah yang menang.
Ada lagi yang ingin dikongsikan, nantikan lagi ye .
Kredit : FB Acu Kechik |