Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Yeo’s Yeogurt Oats Overnight Untuk Sarapan Berkhasiat Anda|Tahukah anda apa kelebihan Yeo’s Yeogurt?
Yeo’s Yeogurt mengandungi khasiat yang diperlukan dimana ianya kaya dengan khasiat susu dan asid latik. Mempunyai packaging yang simple, menarik dan on the go menyenangkan semua untuk di bawa ke mana-mana terutama didalam beg. Ia juga dapat membantu dalam proses penghadaman.KP biasa mengambilnya jika mengalami masalah sembelit. Dapat membantu dan menyelesaikan masalah
Perisa Yeo’s Yeogurt
Tahukah anda Yeo’s Yeogurt bukan hanya ada satu perisa tetapi ada 6 perisa ya. Anda boleh nikmatinya 2 cara antara sejuk mahupun panas. Kalau yg berperisa pastinya sejuk lagi sedap . Antaranya
Mangga
Laici
Anggur
Epal Hijau
Oren
Asli (original)
Memandangkan cuti sekolah, jadi KP membuat resipi senang dan pastinya sedap untuk dinikmati oleh irfan . Biasa kita lihat rata-rata akan membuat smoothie dari yogurt bukan. Ada juga yang menggunakan dalam masakan untuk menggantikan santan jika memasak seperti resipi gulai atau kari.
Yeo’s Yeogurt Oats Overnight
Bahan-bahan adalah
Yeo’s Yeogurt Anggur ( 1/2 kotak) – bergantung pada bekas yang digunakan
3 sudu Oats atau museli
3 sudu Yogurt (berperisa/original)
Sedikit kacang almond (dicincang halus)
Sedikit kuaci (dikopek siap)
Buah anggur (5-6 biji di hiris halus)
Sedikit chia seed
bekas atau botol comel untuk diletakkan
Senang sahaja untuk dibuat
Masukkan Oats atau museli didalam bekas/botol
Masukkan kacang almond, kuaci dan buah anggur
Kacang almond
Masukkan hirisan buah anggur
Ratakan didalam bekas
Masukkan Yogurt ke dalam bekas tadi
Tuangkan 1/2 Yeo’s Yogurt perisa anggur kedalam bekas
Jangan lupa masukkan Chia Seed
Tutup dengan kemas dan goncang agar oat , yogurt dan bahan-bahan didalamnya sebati dicampuri. Jangan guna sudu untuk mengacau kerana nanti buah anggur yang di hiris rosak.
Simpan didalam peti sejuk semalam dan boleh nikmati pada esok pagi
Menu ini boleh ditambah bahan atau ditukar bahannya mengikut selera anda. Inginkan kesihatan yang sempurna tak salah mencuba bukan? Semua yang diletakkandidalam bekas ini adalah makanan yang sihat. Amalkan setiap pagi insyallah ada penurunan dalam berat badan
Lagipun Yeo’s Yeogurt bukan sahaja dinikmati begitu sahaja tetapi dapat membantu mereka yang inginkan pemakanan sihat.Tiada lagi istilah hanya minuman sahaja Tetapi boleh dijadikan sebagai salah satu hidangan dan bahan utama dalam hidangan
Pastinya yang terbaik hanya dari Yeo’s Yeogurt
sedapnya. dulu rajin je buat ni. skrg hmmm semangat nak mkn sehat tu hilang.
eeca shyaa recently posted…4 Current Problems That Drive Me Insane