Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kolaborasi Yogood Malaysia & Beaconhouse Tentang Sarapan Berkhasiat|Beaconhouse Sri Inai International School Taman Sea Petaling Jaya Selangor berkolaborasi dengan Yogood Malaysia untuk berkongsi tentang kepentingan pengambilan sarapan berkhasiat untuk anak-anak.
Sarapan berkhasiat perlu mengandungi segala zat yang diperlukan dalam badan. Seperti produk Yogood Malaysia dimana ianya produk yang dihasilkan sumber makanan yang berkhasiat seperti bijirin, kekacang yang berkualiti dan buahan.
Tetamu selebriti Daphne Iking bersama ibu-ibu pelajar-pelajar di sini memimpin anak-anak dalam aktiviti menyediakan sarapan pagi hasil kreatif mereka sendiri. Demonstrasi penyediaan sarapan berkhasiat menggunakan produk Yogood. Kali ini sarapan dibuat dalam balang dengan menggunakan menggunakan yoghurt, Crunchy Muesli dari Yogood Malaysia, madu dan buah-buahan.
“Sarapan Jar adalah senang, sihat dan lazat. Ianya sangat mudah untuk dibuat tidak kira bagaimana sibuknya pagi anda. Ada anak-anak yang susah untuk mengambil sarapan pagi, ini adalah cara yang pasti menyeronokkan untuk melibatkan mereka. Kanak-kanak pasti berseronok dimana mereka membuatnya sendiri dan memakan dari sarapan jar,”
-kata Daphne Iking -seorang ibu yang berkerjaya mempunyai 3 orang anak.
“Sarapan pagi adalah hidangan yang patut diambil sebelum permulaan hari anda terutama untuk anak-anak sebelum ke sekolah. Selepas tidur di malam hari , otak dan badan memerlukan tenaga untuk beroperasi. Kajian telah menunjukkan bahawa anak-anak yang makan sarapan pagi dapat melakukan akademik lebih baik daripada anak-anak yang tidak bersarapan. Ini adalah salah satu inisiatif untuk mendidik anak-anak tentang kepentingan pemakanan yang baik terutama sarapan pagi”
-kata Mr Ali Raza, Regional Director of Beaconhouse Group of School
Produk Crunchy Muesli dari jenama Yogood diperbuat dari bahan-bahan berkhasiat dimana dari bijian yang sihat, kekacang yang berkualiti dan buah-buahan yang memberi pelbagai kebaikan untuk anak-anak.
Sarapan pagi penting untuk diambi termasuk juga bahan-bahannya. Seperti bijian ianya akan diserap oleh badan dengan lebih perlahan bersama-sama dengan serat dan protein. Dengan pengambilan sarapan bijian dapat menahan perut anak anda sehingga waktu rehat mahupun waktu makan tengah hari.
Jom beralih ke pengambilan sarapan berkhasiat dengan Yogood .
menarik 🙂
menarik