PTTI ukir sejarah dengan 534 pelajar Straight A SPM 2025 dan 31,987 gred A, sekali gus meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records buat kali ketiga.
PTTI
PTTI Kukuh Sebagai Peneraju Pendidikan Digital Malaysia. Sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam landskap pendidikan apabila berjaya melahirkan 534 pelajar Straight A dalam SPM 2025, satu pencapaian luar biasa di peringkat nasional.

Lebih membanggakan, kejayaan ini melayakkan PTTI menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records buat kali ketiga selepas rekod terdahulu pada 2022 dan 2024.
31,987 GRED A BUKTI SISTEM PEMBELAJARAN BERIMPAK TINGGI
Kejayaan ini bukan sekadar angka — sebanyak 31,987 gred A direkodkan oleh pelajar di bawah bimbingan PTTI, mencerminkan keberkesanan sistem pembelajaran yang berfokuskan keputusan sebenar. Sepanjang tahun 2025, lebih 158,423 pelajar turut mendapat manfaat melalui program seminar SPM yang dianjurkan, sekali gus memperluaskan impak pendidikan digital kepada seluruh negara.
PENDEKATAN BERBEZA: FOKUS KEPADA PELAJAR
Kejayaan ini didorong oleh pendekatan unik yang tidak hanya menekankan silibus semata-mata. Pendekatan ini menjadikan PTTI sebagai antara platform pendidikan digital paling dipercayai dalam kalangan pelajar dan ibu bapa.
“Kami memberi fokus kepada hasil dan kemenjadian pelajar, bukan sekadar menamatkan silibus pembelajaran,”
-kongsi Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman
INSPIRASI: ALYSSA DEZEK RAIH 9A SPM 2025
Antara kisah kejayaan yang mencuri perhatian ialah penyanyi muda Alyssa Dezek yang berjaya memperoleh 9A dalam SPM 2025 selepas menyertai PTTI sejak tingkatan tiga. Beliau berkongsi bahawa teknik pembelajaran yang jelas dan mudah difahami membantu mempercepatkan penguasaan subjek.

LEBIH 150,000 PELAJAR DIBANTU, SEMINAR PERCUMA MENYUSUL
Menurut Chief Growth Officer PTTI, Race Monsopiad, lebih 158,000 pelajar telah dibantu sepanjang tahun lalu. Bagi meneruskan momentum, bakal menganjurkan Seminar Percuma SPM di seluruh negara dari 4 hingga 10 Mei 2026, terbuka kepada semua pelajar.
SASAR 1,000 STRAIGHT A: VISI LEBIH BESAR
Kejayaan ini adalah hasil sistem yang tersusun dan usaha berterusan. PTTI kini menyasarkan 1,000 pelajar Straight A sebagai pencapaian seterusnya.
“534 Straight A bukan kebetulan — ini hasil sistem yang betul.”
-menurut Pengarah PTTI, Asyraf Khalid.

MAJLIS GAH DI PICC HIMPUNKAN LEBIH 4,000 HADIRIN
Majlis Anugerah Inspirasi 2026 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre menghimpunkan lebih 4,000 pelajar dan ibu bapa. Acara ini dirasmikan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan turut diserikan kehadiran barisan selebriti seperti:
- Awie
- M. Nasir
- AC Mizal
- MK K-Clique
- Iman Troye
- Hael Husaini
- Bella Astillah
Menjadikan ia antara acara pendidikan paling berprestij dan berimpak tinggi tahun ini.
BUKTIKAN SISTEM BETUL MAMPU UBAH MASA DEPAN PELAJAR
Kejayaan PTTI bukan sekadar mencipta rekod, tetapi membuktikan bahawa pendekatan pendidikan yang betul mampu mengubah masa depan ribuan pelajar Malaysia.
Dengan momentum yang semakin kukuh, PTTI kini berada di landasan tepat untuk terus mendominasi pendidikan digital dan melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang pada masa hadapan.
