Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

WOW in a Million – CJ WOW Bakal Capai 1 Juta Pelanggan DalamCJ WOW SHOP akan meraih satu lagi kejayaan berikutan jumlah pelanggannya yang bakal mencecah satu juta. Sehubungan itu, rangkaian beli-belah di rumah inovatif ini telah melancarkan inisiatif WOW in a Million bagi menghargai dan memberi ganjaran kepada pelanggan setianya.

Kempen WOW in a Million akan disambut selama sebulan. Dalam kempen ini, sebuah pasukan CJ WOW SHOP yang terdiri daripada para eksekutif kanan, pengacara program dan ahli kru akan menjelajahi seluruh negara untuk melawat 100 Pelanggan Utama. Para pelanggan ini yang menyumbang jumlah pembelian tertinggi akan menerima kejutan manis apabila pasukan CJ WOW SHOP tampil di halaman rumah untuk melafazkan ucapan terima kasih dan mempersembahkan pelbagai hadiah dan ganjaran.

“Antara faktor kejayaan kami adalah keyakinan dan kepuasan pelanggan yang telah memberi sokongan kepada kami tahun demi tahun. Merekalah yang sentiasa memacu kami menuju ke puncak pencapaian yang lebih tinggi. WOW in a Million merupakan peluang kami untuk menghargai pelanggan dan peminat utama dengan menawarkan penjimatan hebat, pelbagai ganjaran misteri, serta kejutan manis yang benar-benar mengujakan.”

Encik Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP yang memimpin barisan knovoi

CJ WOW SHOP dijangka akan melepasi tanda aras sejuta pelanggan dalam bulan September, yang merupakan satu pencapaian bermakna dalam tahun yang hebat ini. Sehingga kini, asas pelanggan rangkaian ini telah bertumbuh sebanyak 56 peratus sejak hujung tahun 2017, sekaligus membuktikan kedudukan CJ WOW SHOP sebagai perkhidmatan beli-belah di rumah yang menawarkan produk bermutu tinggi, inovatif, dan mampu meningkatkan kualiti kehidupan pengguna. Selama beberapa tahun ini, CJ WOW SHOP telah berjaya mengekalkan asas pelanggan berulang yang kukuh. Pencapaian ini telah terbukti dengan golongan 100 Pelanggan Utama yang secara puratanya telah membelanjakan sebanyak RM14,600 setiap orang.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan pencapaian ini, semua pelanggan akan diberi ganjaran baucar beli-belah bernilai RM20 setiap orang untuk pembelian seterusnya menerusi platform e-dagang CJ WOW SHOP dari 1 – 30 September. Rangkaian ini juga akan membawakan program siaran langsung khas sepanjang hari yang memaparkan beberapa selebriti undangan, di samping menjanjikan interaksi dan tawaran yang lebih menarik bagi para pelanggan.

Pengalaman media dagang bersepadu

Bagi CJ WOW SHOP, pencapaian baru ini akan mengukuhkan lagi aspirasinya untuk memperkembang perniagaannya sebagai sebuah platform media dagang yang mampu memeriahkan lagi hidup rakyat Malaysia. Kempen ini merupakan lanjutan komitmen CJ WOW SHOP untuk menyediakan ‘shoppertainment’ – suatu pengalaman beli-belah yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga dapat digemari, diyakini, dan dipercayai oleh pelanggan.

Dengan bertumpu pada usaha ini, CJ WOW SHOP berada di kedudukan baik untuk mencecah pendapatan lebih RM200 juta menjelang hujung tahun 2018. Pencapaian ini adalah berikutan kejayaan pelbagai inisiatif yang dilancarkan sepanjang tahun ini, bermula dengan kempen ulang tahun keduanya, ‘2 Tahun, Lebih WOW!’ yang mencatatkan tiga kali lebih ramai pelanggan daripada jumlah purata seharian.

CJ WOW SHOP terus mempertingkatkan pengalaman pelanggannya, di samping memperluas asas rakan niaga yang kebanyakannya terdiri daripada usahawan tempatan. Demi membekalkan pembeli-belah dengan lebih pilihan, CJ WOW SHOP telah menambahkan tawaran yang bermula dengan hanya 27 pilihan kepada lebih 450 barangan pada hari ini, termasuk pelbagai produk kelengkapan rumah, barangan elektrik, peralatan elektronik, produk kecantikan, fesyen dan sebagainya.

Image result for cj wow shop

Bagi meningkatkan lagi unsur hiburan bagi rancangan beli-belah televisyen, rangkaian ini telah memperkenalkan sebuah program dalam format baharu, ‘The WOW Show’ yang menampilkan Yana Samsudin sebagai pengacara tetamu selebriti. Rancangan ini yang turut meraikan ulangtahun pertamanya telah mengukir kejayaan tersendiri dengan mencatat jumlah jualan sebanyak RM12 juta sepanjang siaran 94 episod menerusi saluran TV3 dan TV9.

Pendekatan inovatif oleh CJ WOW SHOP ini turut dilaksanakan ke atas kerjasama dengan personaliti-personaliti hiburan antarabangsa.

Baru-baru ini, CJ WOW SHOP telah menjalinkan gandingan unik dengan jenama fesyen Korea, ‘Ce&’ serta kumpulan sensasi K-Pop, Wanna One untuk membawa koleksi barangan rasmi secara eksklusif bagi penonton. Selain itu, CJ WOW SHOP turut berganding bahu dengan rangkaian TV Korea Selatan, Channel A untuk mempersembahkan ‘Sales King TV’, iaitu program hiburan aneka ragam yang menggabungkan aktiviti jualan dengan program siaran televisyen secara langsung. Program yang pertama seumpama ini menampilkan personaliti-personaliti Korea popular, termasuk bintang program aneka ragam popular ‘Running Man’, Ji Suk-Jin dan Yang Se-chan, serta idola K-Pop, JeA dari ‘Brown Eyed Girls’ dan Sung-jong dari ‘INFINITE’.

Pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca TV dengan membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop.com.my atau melalui pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge