Beli Red Bull Emas Anda Bakal Menangi Toyota Hilux

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beli Red Bull Emas Anda Bakal Menangi Toyota Hilux | Haa … Ada diantara anda yang ingin memenangi Toyota Hilux secara percuma? Jika anda inginkan ini KP ingin kongsikan berita gembira buat anda semua . Dari 1 Ogos hingga 31 Disember ini, Red Bull – minuman tenaga nombor satu di Malaysia menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi setiap pembelian Red Bull Emas dan 25% Kurang Gula!

Bersempena usahanya untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk mencabar diri mereka dengan mengamalkan gaya hidup aktif, Red Bull mengadakan kempen di seluruh negara yang memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi hadiah menarik berjumlah RM600,000 – termasuk dua trak pikap, wang tunai dan barangan eksklusif hanya dengan pembelian Red Bull Emas

Menangi Toyota Hilux serba baharu bersama Red Bull Emas

Mampukah anda menerima lagi satu keterujaan? Bersedia! Red Bull baru mendedahkan hadiah utama mereka yang bernilai sehingga RM100,000 setiap satu. Dua pemenang bertuah masing-masing akan membawa pulang sebuah pikap Toyota Hilux dengan hanya membuat pembelian Red Bull Emas dan 25% Kurang Gula sepanjang tempoh peraduan!

Selain itu, turut ditawarkan hadiah wang tunai bernilai sehingga RM400,000. Pengguna kini berpeluang untuk memenangi ganjaran tunai, dari RM50 hingga RM500 bagi setiap pembelian Red Bull Emas atau 25% Kurang Gula! Pelanggan setia juga mampu menyertai peraduan ini dan memenangi barangan eksklusif Red Bull.

Cara menyertainya ? Senang sahaja!

    • Langkah 1: Beli Red Bull Emas atau Red Bull 25% Kurang Gula – tarik penutup sentap untuk melihat hadiah di belakang.
    • Langkah 2: Hantar kod hadiah yang tertera di bawah ke 011-5688-8331 menerusi  Whatsapp dan masukkan tanda pagar nama penuh dan nombor kad pengenalan anda (Sebagai contoh: RM50#namapenuhanda #nomborkadpengenalananda)
    • Langkah 3: Simpan penutup sentap tersebut untuk menebus hadiah kelak.

Tidaklah susah mana kan, bak kata orang tua ‘tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Jangan lupa, mulakan dengan Red Bull dan mara ke hadapan! Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi seluruh negara Red Bull, layari

Website Redbull:  http://penuhiimpian.redbull.com.my/home 



1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge