Penyanyi Cantik Popular Nyanyikan OST Rasmi Drama “Pabila Dia Tersenyum”, Terbitan Sony Music Malaysia siapa lagi kalau bukan Wany Hasrita
WANY HASRITA
Penyanyi kesayangan ramai, Wany Hasrita, kembali lagi dengan single terbaharu berjudul “Jahat”, sebuah karya yang bukan sahaja meruntun jiwa. Malah turut diangkat sebagai runut bunyi asli (OST) rasmi bagi drama bersiri penuh emosi “Pabila Dia Tersenyum” terbitan Global Station Sdn Bhd yang ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman Viu mulai 24 April, diterbitkan oleh label rakaman termasyhur, Sony Music Malaysia.
SINGLE LAGU JAHAT
Bagi Wany, lagu “Jahat” membuka ruang bagi dirinya menyelami sisi lebih dalam sebagai penyanyi di mana lagu ini membawa dimensi baharu kepada kerjaya seninya, sebuah karya yang lebih emosional, lebih matang dan penuh penghayatan.
KOLABORASI DENGAN INDONESIA
Lagu ini juga menyaksikan kolaborasi pertamanya dengan barisan komposer terkenal dari Indonesia seperti Audree Dewangga, David Elsandro, Andre Lizt dan Trakast, sekali gus memberi warna tersendiri dalam keseluruhan karya.
IMPIAN NAK NYANYI LAGU GALAU!
“Sejujurnya, saya memang sudah lama menyimpan impian hendak menyanyikan lagu pop balada yang betul-betul ‘galau’. Pertama kali mendengar demo lagu ni, saya terus jatuh hati,”
Menceritakan tentang proses rakaman, Wany berkata dia mengambil masa sekitar tiga jam sahaja untuk menyiapkan vokalnya. Namun, walaupun prosesnya ringkas, emosi yang dimasukkan dalam setiap bait lagu menuntut sepenuh jiwa dan perasaan
-kata Wany dengan nada teruja.
OST DRAMA ‘PABILA DIA TERSENYUM’
Drama bersiri “Pabila Dia Tersenyum” merupakan kisah menyentuh jiwa tentang seorang gadis yang dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh rahsia dan tragedi. Dari kematian ayah yang penuh misteri, pertemuan semula dengan ibu yang disangka sudah tiada, hinggalah ke percintaan rumit di antara dua beradik.
Drama bersiri 15 episod lakonan barisan pelakon popular tanah air seperti Amir Ahnaf, Alya Iman dan Adam Lee dan ini sarat dengan tema penderitaan, cinta dan kekuatan wanita.
PENGHORMATAN BUAT SAYA
“Saya sangat bersyukur apabila lagu ‘Jahat’ dipilih sebagai OST untuk drama ini. Ia bukan sekadar peluang untuk karya saya didengari, tetapi juga untuk diserap masuk ke dalam cerita yang kuat dan menyentuh hati. Bagi Wany, pemilihan “Jahat” sebagai lagu tema rasmi drama ini adalah satu penghormatan
besar buat dirinya.
-jelas Wany.
HARAPAN WANY UNTUK LAGU INI
Berkongsi harapannya, Wany berkata dia ingin lagu ini menyentuh hati ramai pendengar, terutamanya mereka yang pernah berdepan dengan kekecewaan atau terluka dalam perhubungan.
“Lagu ni memang berat dari segi emosi, tetapi saya percaya dalam setiap lagu sedih pun ada keindahan dan kekuatannya tersendiri. Saya berharap ia boleh menjadi ‘peneman’ buat sesiapa yang sedang melalui fasa susah ini,”
– katanya penuh makna.