VE Di Hati Tema Buffet Ramadhan 2018 di VE Hotel & Residence Bangsar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

VE Di Hati Tema Buffet Ramadhan 2018 di VE Hotel & Residence Bangsar| Mempunyai tema yang unik dan pasti ada maksud tersendiri. Yang ingin tahu lebih lanjut jom layan apa yang VE bakal menjamu anda semua di bulan Ramadhan 2018 kali ini . Diilhamkan oleh VE Hotel & Residence, Bangsar South City sempena kehadiran Ramadhan kurang dari seminggu, VE DI HATI mengembalikan kenangan juadah-juadah kampung yang sering dihidangkan setiap kali berbuka puasa.

Untuk anda perantau dan merantau pastinya rindu akan juadah- juadah yang biasa di nikmati sewaktu berbuka puasa. Jadi tidak perlu risau dan gusar jom berkunjung ke The Straits Estate yang terletak di aras M3. Dikelilingi oleh dinding kaca, sambil berbuka puasa, pengunjung boleh menikmati panorama waktu senja dan malam jua yang best di tepi kolam renang

VE DI HATI

VE DI HATI yang bakal diadakan sepanjang bulan Ramadhan bermula 17 Mei hingga 14 June adalah program yang merangkumi TIGA bahagian iaitu:

  • VE Straits Festival: menawarkan hidangan-hidangan enak yang mewakili negeri-negeri di Malaysia
  • VE Share The Care: platfom untuk memberi semula kepada komuniti yang mana setiap jualan dari VE Strait Festival, sebanyak RM1 akan diserahkan kepada rumah-rumah anak yatim dibawah naungan VE Hotel
  • VE In Your Heart: dengan tema ‘Hospitality From The Heart’, VE Hotel berharap adanya ikatan persahabatan yang berkekalan di antara pelanggan hotel dan staf

“Berkumpul bersama-sama dengan yang tersayang untuk berbuka puasa memberi satu kepuasan dan ketenangan. Di The Straits Estate, VE Hotel & Residence, kami menawarkan persekitaran dan suasana yang tenang untuk anda nikmati sewaktu makan dan cipta kenangan bersama keluarga, kenalan dan rakan sekerja.”

-Tony Ho, Pengurus Besar VE Hotel & Residence

“The Straits festival menyediakan juadah-juadah yang biasanya diraikan untuk acara-acara yang besar seperti majlis perkahwinan dan juga Karnival Jalanan. Kami menyediakan makanan di sekeliling The Straits Estate, iaitu di ruang dalam dan juga di gerai-gerai kecil yang disusun di bahagian luar, iaitu di kawasan kolam renang. Team kulinari kami akan sentiasa memastikan makanan yang dihidangkan mencukupi untk semua orang merasainya, bermula dari Sup Gearbox, Laksa, Roti John, Popia Basah, Rojak hinggalah gerai Ais Batu Kacang.

Berbuka puasa tidak lengkap jika tidak menjamu mata melihat dan merasai semua juadah yang dihidangkan lebih-lebih lagi Kambing Panggang dan Shawarma yang mengguna rempah-ratus berlainan setiap hari. Pasti semua teruja melihat asap berkepul-kepul yang keluar sewaktu membakar Sate dan haruman yang dibawa oleh asap berkenaan.”

-Sidi Fikri, Pengarah Operasi VE Hotel 7 Residence

Lebih daripada 100 juadah bakal dihidangkan di gerai-gerai kecil dan di dalam The Straits Estate yang pastinya buat anda tidak sabar untuk merasainya!! Anda juga boleh menikmati Ulama-Ulam Kampung, Salad, Keropok Ikan, Papadom

Antara juadah yang perlu dicuba di sini adalah Ayam Kurma Navratan, Daging Hitam Mamak, Ayam Briyani, Madras Lamb Masala, Udang Masak Merah, Nangka Muda Masak Lemak, Sotong Goreng Kunyit, Daging Kerutub dan banyak lagi hidangan yang membuatkan anda kecur air liur!

 

 

Udang nestum nie memang terbaik makan tak pandang belakang dah

Sup Gear Box yang wajib di cuba .. jangan lupa sambal dan limau sekali ye

Sotong kangkung WIN

aneka jenis kek, biskut, kiuh-muih tradisional Melayu, aneka pastri, Pulut Panggang, Tapai, Sagu Gula Melaka dan yang sering menjadi pencuci mulut terbaik sama ada bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa adalah Ais Krim dengan pelbagai Topping dan sos.

Buah- buahan segar dijamu

Teh Tarik dengan susu carnation

atau Nescafe dengan susu F&N

Nak jadi SADO jom minum air SADO Water … hihihihi

Jarang jumpa buffet ramadhan menyediakan mango lassy .. rasanya nie yang pertama untuk tahun 2018

Harga bufet Ramadhan yang bermula pada 17 Mei ini hingga 14 June nanti adalah:

  • Dewasa-RM128
  • Warga Emas-RM64
  • Kanak-kanak bawah umur 12 tahun-RM64

Untuk menempah, hubungi: 03-22462888

Facebook : https://www.facebook.com/pg/VEBangsarSouth



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge