KL Convention Centre Hidang Sajian Tradisional Buffet Ramadhan 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KL Convention Centre Hidang Sajian Tradisional Buffet Ramadhan 2018|Aneka hidangan berbuka puasa Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) untuk syarikat korporat dan orang ramai kembali lagi tahun ini, menjanjikan pengalaman menikmati makanan kegemaran dari seluruh Malaysia! Menu Ramadan tahun ini membawakan aneka sajian tradisional kegemaran ramai dari pelbagai negeri, antaranya termasuk masakan terkenal seperti sup urat kaki dan tetel (Perlis), nasi dagang tulang rusuk kerutup bakar (Terengganu), udang goreng keriuk-keriuk minyak (Kelantan) dan ayam olek-olek bumbu cekur (Sabah).
“Untuk benar-benar mencerminkan perjalanan nostalgia ke seluruh Malaysia dalam tawaran berbuka puasa Ramadan tahun ini, pasukan kulinari kami yang kreatif telah merantau ke semua pelusuk negara untuk mencari 11 masakan asli kampung yang betul-betul dapat mewakili negeri-negeri Malaysia.”
-Chef Eksekutif KL Convention Centre, Hisham Bin Jaafar,
“Dengan matlamat untuk memberikan kesenangan, keselesaan dan kelazatan, bufet Ramadan kami yang pasti membuka selera telah disesuaikan oleh pasukan kulinari kami seramai 52 orang yang memenangi banyak anugerah, bagi membolehkan pelanggan merantau dari Timur ke Barat, Utara ke Selatan, untuk menikmati sajian berbuka puasa tradisional berbilang budaya yang dihidangkan di tengah-tengah Kuala Lumpur City Centre (KLCC).Semua kemudahan untuk orang ramai ini bermakna kami boleh memberikan pengalaman berbuka puasa yang unik dan serba lengkap pada bulan Ramadan di salah satu lokasi ikon paling menarik di Kuala Lumpur.”
-Alan Pryor, Pengurus Besar Pusat Konvensyen,
Menu ramadhan tahun ini membawakan aneka sajian tradisional kegemaran ramai dari pelbagai negeri di Semenanjung, Sabah serta Sarawak kerana keenakannya namun kurang dikenali oleh warga kota adalah Sup Urat Kaki dan Tetel (Perlis), Nasi Dagang Tulang Rusuk Kerutup Bakar (Terengganu), Udang Goreng Keriuk-keriuk Minyak (Kelantan) dan Ayam Olek-Olek Bumbu Cekur (Sabah). Jom lihat antara menu yang sempat KP rasa

Menu utama yang ada, 

Menu yang di tunggu dan di cari sewaktu berbuka puasa dimana mana buffet ramadan ..Tak payah nak malu nak angkat tangan setuju ngan kenyataan KP .Selain pelbagai sajian kegemaran dan tradisional, menu berbuka puasa korporat dan orang ramai menawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk pelanggan yang mencari kelainan. Sajian istimewa untuk mereka termasuk pita kebab Arab daging cincang, teriyaki Jepun, ikan panggag Tikka, makanan laut BBQ gaya Thai dan kambing panggang Harissa Pusat Konvensyen yang terkenal dihidangkan dengan sos dan rempah perasa.

Ayam percik wei 

Ada juga ala-ala steambot untuk anda yang inginkan kelainan 

Nak sushi atau teringin makanan Jepun yang lain pun ada di sini. Yang best semua nya fresh di buat di situ

Kalau tadi makanan utama seperti lauk-pauk, menu utama, noodles, steambot dan bermacam-macam , pasti anda mencari pencuci mulut. Ada pelbagai manisan, dari kuih tradisional, kuih raya, bubur dan sebagainya. Tak percaya jom lihat apa yang ada

Mereka yang gemarkan manisan boleh menikmati Ais Batu Campur (ABC) dihidangkan dengan pelbagai tambahan dan aiskrim, bandung crèmeux, agar-agar cendol, bubur jagung manis, tapai pulut, kuih-muih tempatan, buah-buahan segar dan banyak lagi,”

Buah-buahan yang segar ada ditawarkan dari tempatan mahupun tidak

Dan yang terakhir ingin KP kongsikan air kelapa special 

“Berbuka puasa di bulan Ramadan tidak lengkap tanpa stesen ‘Goreng-gorengan’, yang menyediakan pisang, cempedak, keladi dan sukun goreng, keropok lekor dan kudapan goreng yang lain.

-Chef Hisham

Harga buffet KL Convention Centre:

  • RM145 bersih seorang untuk tempahan antara 25 Mei hingga 5 Jun
  • RM125 bersih seorang untuk tempahan berbuka puasa korporat bagi 100 orang dan lebih

KL Convention Centre juga menyediakan bilik solat khas, sejadah, selipar, tempat berwuduk dan seorang Imam untuk mengetuai umat Islam menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih, membolehkan mereka menunaikan kewajipan mereka sebelum atau selepas berbuka puasa.  Oleh sebab kesemua dapur masakan Cina, Barat, Sejuk, Pastri dan Melayu mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, umat Islam boleh menikmati makanan mereka tanpa waswas dengan tenang. Untuk lebih informasi boleh check di

Facebook KL Convention Centre :https://www.facebook.com/klccconventioncentreaddress/

Hubungi: 03-2333 2888



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge