V Style dilancarkan oleh VitaHealth dan Watsons Melancarkan, Transformasi Nutrisi dan Kesedaran Kecergasan.

V-STYLE

VitaHealth dan Watsons telah melancarkan V-Style: rangkaian nutrisi sukan yang direka untuk pemulihan dan perlindungan yang optimum. Pelancaran eksklusif ini menandakan pencapaian penting dalam kerjasama mereka untuk memperbaharui konsep kesihatan dan gaya hidup aktif.

V-STYLE

RANGKAIAN NUTRISI SUKAN

Didapati secara eksklusif di semua cawangan Watsons di seluruh negara, V-Style mentakrifkan semula nutrisi sukan dan kesedaran tentangnya. Ideal untuk semua individu, daripada mereka yang bersenam secara ringan hingga atlet yang kompetitif,.

V-STYLE

Bukan hanya memberikan penyelesaian untuk kecergasan tetapi juga menyokong pemulihan serta perlindungan otak, jantung, dan DNA. Gabungan kecanggihan teknologi, bahan berkualiti tinggi dan sistem penghantaran yang maju, produk yang sangat berkesan dapat dihasilkan dan menetapkan tahap baru dalam kecergasan.

KEKAL BERGAYA

Dengan aliran kecergasan semakin popular, ramai yang teruja untuk menyertainya untuk kekal bergaya dan tampak terbaik. Namun, tanpa strategi pemulihan yang lengkap, semangat ini boleh menyebabkan latihan berlebihan dan risiko kesihatan serius, termasuk serangan jantung secara tiba-tiba. 

V-STYLE

V-Style mengatasi kekurangan ini, menawarkan sokongan yang tiada tandingan yang membantu anda memacu had anda dengan selamat. Mencapai prestasi maksimum, dan mengekalkannya dalam jangka panjang.

VITAHEALTH

VitaHealth, jenama suplemen milik Australia, menawarkan rangkaian suplemen yang komprehensif di pasaran utama di Asia Tenggara dan China.

“Dengan lebih dari 70 tahun dedikasi terhadap nutrisi dan kesihatan, kami amat gembira memperkenalkan V-Style sebagai bukti komitmen kami terhadap inovasi dan pendekatan proaktif kami untuk memenuhi keperluan kesihatan moden.

V-STYLE

Memandangkan pasaran nutrisi sukan terus berkembang, kami berbangga untuk memperkenalkan V-Style dan kekal di hadapan dalam industri dinamik ini. Dengan menggabungkan inovasi dalam kesihatan fizikal dan mental, kami sangat teruja untuk mengembangkan kepakaran kami dalam nutrisi sukan.

Meraikan ulang tahun ke-77 kami dengan pelancaran yang berinovasi ini adalah satu kejayaan yang besar bagi kami.”

-Dr KS Beh, Ketua Pegawai Eksekutif VitaHealth

KERJASAMA ANTARA VITAHEALTH DAN WATSONS

Kerjasama antara VitaHealth dan Watsons menunjukkan usaha sama yang mantap, dengan dedikasi bersama untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Menggabungkan inovasi dalam pembangunan produk dari VitaHealth dengan kepakaran runcit Watsons yang luas.

V-STYLE

Dengan kerjasama ini memenuhi keperluan pelanggan Watsons yang mementingkan kecergasan dan kesihatan. Dengan trend yang semakin berkembang untuk mengintegrasikan sukan dalam rutin harian, permintaan terhadap suplemen berkualiti tinggi untuk latihan dan pemulihan semakin meningkat.

PENUHI PIAWAIAN TINGGI DARI JABATAN SAINS SUKAN

Perjalanan selama tiga tahun dari idea hingga ke pelancaran V-Style, merupakan satu pencapaian utama dalam nutrisi sukan yang menetapkan piawaian baru dalam industri. VitaHealth menekankan kepentingan inovasi dan keberkesanan.

V-STYLE

Untuk memastikan V-Style memenuhi paiwaian tinggi ini, VitaHealth bekerjasama dengan Jabatan Sains Sukan di Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT) bagi menjalankan kajian klinikal untuk menguji keberkesanan produk tersebut.

PENCAPAIAN BESAR

“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan No.1 secara dalam talian dan fizikal (O+O) di Malaysia, komitmen kami untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pelanggan adalah fokus utama kami.

V-STYLE

Pelancaran V-Style adalah satu (1) pencapaian besar dalam misi kami untuk menyediakan produk yang berkualiti tinggi. Kerjasama kami dengan VitaHealth adalah selaras dengan dedikasi kami terhadap kecemerlangan dan pemahaman mendalam mengenai keperluan individu yang aktif.” 

-Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Kesihatan Dan Kecantikan Asia AS Watson, Caryn Loh

DUTA JENAMA PEARLY TAN

Duta jenama VitaHealth dan pemain badminton Olimpik, Pearly Tan, berkongsi pengalamannya: “V-Style membantu saya dalam proses latihan dan pemulihan. Saya teruja untuk melihat bagaimana produk ini akan memberi manfaat kepada orang lain dalam perjalanan kecergasan mereka.”

V-Style kini boleh didapati secara eksklusif di seluruh cawangan Watsons dan di laman web mereka. Mulakan perjalanan kecergasan anda ke tahap yang lebih tinggi dengan V-Style!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge