Pakej Umrah yang biasa didengar ditemani dengar mutawif. Kalau dulu ingin ke Umrah wajib ada mahram tetapi kini tiadak lagi. Pernah dengar Umrah Nisa? Kalau belum meh kite kongsi info terkini.
UMRAH NISA
Nama “Nisa’” diambil daripada Surah An-Nisa’ dalam Al-Quran, surah keempat yang bermaksud “Wanita”. Surah ini menekankan kepentingan wanita dalam Islam, hak-hak mereka, serta peranan penting mereka dalam membangun keluarga dan masyarakat.
PELANCARAN PAKEJ UMRAH NISA
Alhamdulilah, baru-baru ini berlangsungnya majlis pelancaran di ibu pejabat Persada Global Holidays, Setia Alam Selangor Bertempat di ibu pejabat Persada Global Holidays, Setia Alam, Selangor.
WANITA BERKERJAYA
Amat sesuai untuk wanita yang bekerjaya iaitu individu yang sibuk dengan kerjaya dan mencari waktu untuk merenung, mencari keberkatan rezeki dan memperkuatkan iman serta hubungan dengan Allah.
SURIRUMAH
Ataupun isteri yang ingin menenangkan diri iaitu wanita yang ingin mencari ketenangan dan melarikan diri sebentar dari rutin harian dengan mendedikasikan masa untuk ibadah dan refleksi diri.
Pelajar atau wanita muda iaitu individu muda yang ingin memperkaya pengetahuan agama dan mendapatkan pengalaman rohani yang akan memberi panduan dalam hidup.
WANITA BARU BERHIJRAH
Ini yang disyorkan Bagi mereka yang baru berhijrah dan ingin memperkukuh iman serta mendapat bimbingan dan sokongan dari ikon-ikon yang berpengalaman.
UMRAH NISA 3.0
Program telah bermula sekitar 2018 yang bermula dengan penglibatan isteri Dato Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik.
Tujuan utama program ini adalah perkongsian ilmu sambil membuat lawatan dan memberikan keselesaan kepada jemaah wanita yang tidak selesa dengan kehadiran jemaah lelaki di dalam kumpulan umrah.
Dengan adanya pakej Umrah sebegini, membolehkan jemaah wanita tidak ada rasa malu dan boleh berkongsi, bercakap, bergurau dan bertanya sesama mereka sahaja.
-kongsi Ustaz Muhammad Mursyid bin Muhamad Yusoff yang merupakan Pengurus Besar Persada Global Holidays dan Muhammad Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaidi yang dikenali dengan nama komersial, PU Abu.
KELAINAN DARI PAKEJ UMRAH YANG LAIN
Jika mengikuti Pakej Umrah Nisa Persada Global Holidays, pelbagai kelebihan yang bakal diterima oleh para peserta. Antaranya
-Diari eksklusif untuk mendalami ilmu agama Dan spiritual melalui kelas tajwid
-Tafsir Quran
-Tadabbur sirah srikandi dalam Quran,
-Qiyamulail bersama para peserta
Bertanya tentang keselamatan dan keselesaan mengikuti pakej ini tidak perlu risau! Penginapan yang selesa di hotel-hotel berkualiti & dekat seperti Hotel Safwa dan Hotel Mirage As Salam. Untuk penerbangan pula adalah penerbangan premium dengan Amal by Malaysia Airlines & Saudi Airline.
BUKAN MUTAWIF TETAPI MUTAWIFAH
Mutawifah berpengalaman akan memastikan perjalanan berjalan lancar dan selesa . Selain it adalah komuniti dan sokongan sesama wanita. Memberi peluang untuk berinteraksi dengan komuniti wanita yang mempunyai minat yang sama dalam aspek penghijrahan, keagamaan dan rohani.
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM KERJASAMA
Pada hari yang sama diadakan juga majlis menandatangani memorandum kerjasama dengan dua pengaruh media sosial wanita.
Mereka adalah Izzati Elya dan Hazwani Che sebagai ikon dakwah Persada Global Holidays selain dari Datin Diyana Halik.
HARGA PAKEJ UMRAH NISA
Pakej Umrah Nisa Persada Global Holidays bermula pada harga RM8,980 untuk 4 orang sebilik untuk tempoh musim panas bermula 20 September 2024 sehingga 30 September 2024.
Musim sejuk bermula 25 November 2024 sehingga 5 November 2024. Untuk tempoh musim sejuk bermula 15 Februari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pakej umrah bermula pada harga RM9,480 untuk 4 orang sebilik.
Pakej ini termasuk makanan, set istimewa bagasi, 3 kali umrah bimbingan mutawif, kursus umrah percuma, 28 tempat ziarah. 9 aktiviti menarik termasuk aktiviti qiyamulail sebelum penerbangan dan pengisian umrah khusus untuk wanita bersama Mutawiffah berpengalaman yang bakal diketuai oleh Farah Nuraina.