Buat yang pertama kali ke Pattaya, kite syorkan untuk ke sini – The Sanctuary of Truth yang terletak di Pattaya. Apa yang menarik di sini? Adakah ianya kuil, tokong ataupun muzium? Ini ceritanya
THE SANCTUARY OF TRUTH
Terletak di Bang Lamung Distrct, Chon Buri 20150, Thailand dimana didalam (Bahasa Thai: ปราสาทสัจธรรม). Ianya adalah sebuah muzium yang belum disiap sepenuhnya di Pattaya Thailad yang direka oleh ahli perniagaan – Lek Viriyaphan.
Kawasan ini seluar 13 hektar dan menempatkan ruang dalaman seluas 2,115 m2, dengan puncak tertinggi mencapai 30 m (98 kaki).
Yang menjadikan ia Lokasi wajib untuk datang adalah pemandangan berlatar belakangkan Teluk Thailand.
STRUKTUR THE SANCTUARY OF TRUTH
Jika diteliti secara terperinci ianya seperti gabungan antara kuil dan juga istana. Mengikut informasi yang dikongsikan ianya bertemakan Kerajaan Ayutthaya dan bertemakan kepercayaan Buddha dah Hindu.
Pembinaan ini hanya menggunakan kayu khususnya Mai Deang, Mai Taiken, Mai Panchaat dan Teak yang lebih kepada ukiran kayu.
TAHUN 1981
Ha, lama sudah rupanya pembinaan bangunan ini dimana hingga kini masih lagi dalam proses pembinaan. Walaupun begitu, para pengunjung masih lagi boleh masuk dan melawat. Jangan risau kerna disediakan topi yang dipakai oleh kontraktor atas tujuan keselamatan.
Kiri kanan muzium INi penuh dengan patung arca kiri dan kanan tidak kira agama Buddha mahupun Hindu. Ada juga arca ahli falsafah seperti Lao Tze, Confucius Dan yang lain-lain. Bakal menambah lagi arca arca yang lain .
AGAMA HINDU
Didalam muzium ini ada ditampilkan patung Brahma dewa pencipta Hindu bermuka empat di Atas bumbung untuk meunjukkan rasa hormat kepada bapa, ibu, guru, Raja mahupun dewa berkepala gajah iaitu Ganesha.
UTARA
Dewan Utara menampilkan Guanyin Buddha dan arca lain yang memaparkan kebijaksanaan pembebasan.
SELATAN
Yang Dewan Selatan antara yang menarik minat dimana ianya menampilkan tentang astronomi.
Matahari, bulan dan planet lain seperti Saturn , Venus dan lain yang memberi kesan kepada kesejahteraan manusia.
BARAT
Untuk yang mengemarkan informasi tentang unsur-unsur klasik ini untuk anda. Unsur-unsur klasik termasuk bumi, air, angin dan api.
Juga ada arca Triniti Hindu seperti Brahma, Vishnu, jua Shiva dan tuhan-tuhan yang menakluki empat unsure.
TIMUR
Fokus Utama adalah untuk menggambarkan secara visual konsep agama Timur penting dalam kitaran kehidupan. Itu yang mengengahkan tentang perwakilan keluarga.
AKTIVITI LAIN ADA?
Ada juga aktiviti laini disini dimana menyediakan perkhidmatan sewa pakaian Thai dengan harga 400Thai Baht, menaiki gajah ataupun kereta kuda. Nak tunggang kuda pun boleh, ada juga perkhidmatan perjalanan menggunakan bot Thai.
Jikalau penat jangan risau, ada gerai dan restoran yang menyajikan hidangan Thai dan makanan disini Halal. Nak lagi best singgah dikawasan dimana dapat melihat sendiri bagaimana pekerja mengukir kayu yang bakal dipasang/disambung di muzium ini
Memasuki kawasan ini bukan bermakna anda bertukar agama cuma ingin mempelajari dan mengetahui tentang agama, kepercayaan mahupun prinsip. Moga perkongsian ini dapat berkongsi info yea