Ulangtahun ke 75 IKEA, Meraikan Kehidupan Harian Yang Lebih Baik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ulangtahun ke 75 IKEA, Meraikan Kehidupan Harian Yang Lebih Baik| Selama lebih 75 tahun, IKEA telah dipercayai memberi kepuasaan dalam perabot yang mampu dimiliki tanpa mengenepikan prinsip.kualiti, rekabentuk dan kelestarian. Apa yang bermula sebagai perniagaan pesanan pos yang kecil telah berkembang menjadi jenama popular merentasi 50 pasaran.

Bagi meraikan ulangtahun ke 75 IKEA, kali ini memperkenalkan koleksi GRATULERA yang mengembalikan beberapa produk paling disukai ramai daripada era masa yang berbeza-beza iaitu 1950-1960an, 1970-1980an dan 1990-2000an. Gelombamg pertama rangkaian ikonok dari 1950-1960an tersedia ada di gedung-gedung IKEA dan secara dalam talian di IKEA.my dari Oktober 2018, diikuti pula oleh produk-produk dari 1970-1980an dan 1990-2000an pada Disember 2018.Ulangtahun ke 75 IKEA

“Kami berasa bangga meraikan pengembaraan yang menakjubkan ini demi menjadikan rumah tempat yang lebih baik tetapi ia tidak mungkin akan terjadi tanpa pelanggan kami. Kami mengambil peluang ini untuk merakamkan terima kasih kami dengan memperkenalkan semula produk kelengkapan rumah IKEA yang pernah digemari kerana bentuknya yang luar biasa, kefungsian,kualiti, kelestarian dan harga rendah. Kami ingin sekali menyemarakkan semula detik istimewa yang bermakna itu untuk setiap seorang daripada pelanggan kami dan terus berbuat demikian untuk 75 tahun seterusnya”Ulangtahun ke 75 IKEA

“Semakin kehidupan kita berkembang melalui pelbagai peringkat, semakin penting untuk memahami bagaimana orang ramai rasa tentang kediaman dan bukan sekadar apa yang mereka lakukan didalam rumah. Melalui Harmonikan Rumah Anda, kami ingin menginspirasikan dan menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia boleh menerima pelbagai perubahan kehidupan. Jua membina kediaman yang menyeronokkan serta benar-benar melengkapkan gaya hidup dan tumbesaran kita”.

Seiring dengan meraikan warisan dan nostalgia masa lalu, IKEA telah membuka tirai fokus sepanjang tahunnya dalam tindak balas terhadap trend yang berubah-ubah dan keperluan orang ramai dirumah. Harmonika Rumah Anda ialah cadangan diperbaharui bagi membantu individu dan keluarga daripada komposisi yang berbeza-beza, mewujudkan persekitaran dan ruang yang bermakna serra menjalani kehidupan melalui cara yang lestari.Ulangtahun ke 75 IKEA

Menurut kajian Kehidupan di IKEA, adanya “terlalu banyak barang” merupakan satu penyebab utama tekanan dikediaman moden. Dengan demikian,bidang fokus pertama bagi tema sepanjang tahun bertajuk Harmonikan Rumah Anda menekankan tentang bagaimana untuk mengubah ruang peribadi kepada sudut untuk berehat dan mencergaskan semula diri.Ulangtahun ke 75 IKEA

Ulangtahun ke 75 IKEA

Gedung dalam talian IKEA kini tersedia ada di IKEA.my. Layari untuk promosi lebih di

Website IKEA : www.ikea.com.my



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge