Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • MUSIC
  • Tulus – Single Dari Azmi Saat Bukti Cinta Buat Isteri

Tulus – Single Dari Azmi Saat Bukti Cinta Buat Isteri

Nannie IsaJanuary 7, 2021February 15, 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Isi Kandungan tutup
1 Tulus
2 Berkongsi perjalanan hidup
3 Kejutan Istimewa?
4 Kekurangan bukan satu isu!
5 Muzik Video Tulus

Tulus – Single Dari Azmi Saat Bukti Cinta Buat Isteri|Tulus – lagu yang dilancarkan pada November 2019  memberikan transisi berbeza dalam kerjaya nyanyian Azmi Saat.

Ini kerana Tulus adalah karya pertama yang dicipta Azmi sekitar 2008 dan berjaya disiapkan, sekali gus menyerlahkan lagi bakat dalam diri.

Tulus

Menampilkan melodi dan lirik mengenai kisah perasaan terhadap orang dicintai iaitu isteri. Tulus disifatkan lagu yang cukup istimewa dengan dirinya. Malah, dekat di hati peminat setia Azmi.

Terbaharu, Universal Music Malaysia dan Valient Music selaku penerbit melancarkan video muzik (MV) rasmi lagu Tulus pada 7 Januari, pukul 9 malam di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Berkongsi perjalanan hidup

Bercakap soal ketulusan dalam perhubungan suami isteri, Azmi yang bakal meraikan ulang tahun ke-10 perkahwinan bulan depan mengakui dia pernah melalui saat getir bersama isteri.

“Pada awal perkahwinan iaitu dalam tempoh dua ke tiga tahun, isteri banyak bantu. Apatah lagi dia adalah penjawat awam dan mempunyai gaji tetap.

“Isteri juga pernah bergolok gadai dengan menggadaikan barangan kemas termasuk terpaksa menjual hantaran perkahwinan berupa gelang emas. Sebab kami nak buat duit pendahuluan pindah rumah sewa baharu.

“Jadi, apabila saya sudah ada sedikit duit, barulah saya belikan gelang baharu sebagai ganti dan berikan dia duit untuk tebus semula barangan kemas yang digadai,” katanya.

Kejutan Istimewa?

Walaupun tidak sesempurna insan lain, Azmi dan isteri tetap bahagia dalam melayari bantera perkahwinan mereka.

Malah sama seperti pasangan lain, Azmi juga pernah membuat kejutan istimewa kepada isteri dengan menghadiahkan bunga dan barangan kemas.

“Isteri saya suka bunga, jadi saya belikan bunga. Saya pernah buat kejutan dengan belikan barang kemas.

“Ketika itu saya masih bekerja sebagai tukang urut dengan pendapatan mencecah RM1,000 sebulan. Jadi, adalah lebih duit sikit,” katanya.

Apa yang pasti juga, kekurangan yang dimiliki bersama pasangan tidak menjadikan mereka kufur nikmat sebaliknya berasakan diberikan kelebihan lain oleh Allah SWT.

Kekurangan bukan satu isu!

“Walaupun dalam keadaan begini, saya tidak berasa ia satu kekurangan atau susah pun. Kalau diberi peluang nak pasangan normal atau macam saya, saya nak yang sama macam saya.

“Sebab kami saling memahami selain mengetahui kekuatan dan kekurangan masing-masing. Kalau kahwin dengan isteri normal, saya pasti tak dapat membantu dan menjaganya.

Sebab dia kena buat semua sediri malah perlu menguruskan saya pula. Jadi, apabila dapat yang sama, kami buat bersama-sama. Dalam erti kata lain susah dan senang kami bersama,” katanya.

Muzik Video Tulus

Bercerita mengenai MV lagu Tulus yang dilancarkan, Azmi berkata dia berlakon sebagai individu celik sebelum mengalami kecelakaan hingga mengakibatkannya buta.

“Jalan cerita daripada pihak pengarah dan syarikat rakaman. Ia bukanlah kisah saya atau ikut jalan cerita lagu dimana saya hanya berlakon juga.

“Saya menjadi suami dan isteri dilakonkan pelakon lain. Kali ini menjadi orang celik, kemudian ada insiden saya hilang penglihatan.

“Pada awalnya saya tak percaya dan sering marah, tapi isteri pujuk. Sepanjang tempoh itu, rupanya isteri pun ada sakit. Jadi, saya menyesal dengan tindakan yang dibuat,” katanya.

Tulus diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dan Valient Music. Single ini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox, iTunes dan YouTube. Info lanjut

Youtube Universal Music | Youtube Valient Music

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0

Post navigation

Previous: Siti Nordiana Pilih Nubhan Untuk Lagu Duet Sekali Lagi
Next: Little Homes Jo’s Marble Cookware Patut Ada Di Setiap Rumah

Related Posts

RAYA TETAP RAYA 2026

RTM: RAYA TETAP RAYA 2026 – APA YANG BEST?

March 15, 2026May 9, 2026 Nannie Isa
LOKALOKO 2026

LOKALOKO 2026: IRAMA DUA DUNIA GEGAR ZEPP KL?

November 25, 2025December 17, 2025 Nannie Isa
GEMA BUMANTARA

GEMA BUMANTARA- ALBUM TRADISIONAL, APA YANG BEST?

October 29, 2025October 29, 2025 Nannie Isa

One thought on “Tulus – Single Dari Azmi Saat Bukti Cinta Buat Isteri”

  1. Tekkaus says:
    January 7, 2021 at 3:00 PM

    The music video looks not bad.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}