Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • MUSIC
  • Siti Nordiana Pilih Nubhan Untuk Lagu Duet Sekali Lagi
Siti Nordiana

Siti Nordiana Pilih Nubhan Untuk Lagu Duet Sekali Lagi

Nannie IsaJanuary 6, 2021February 15, 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Isi Kandungan tutup
1 Siti Nordiana
2 Sekali Lagi
3 Mini Siri Video Muzik
4 Nana Penulis Video Muzik
5 Kenapa Nubhan?
6 Keserasian
7 Melodi Sekali Lagi

Siti Nordiana Pilih Nubhan Untuk Lagu Duet Sekali Lagi|Siti Nordiana atau dikenali dengan Nana muncul dengan lagu duet. Siapa sangka dalam meniti usia 37 tahun, penyanyi popular, Siti Nordiana terus melakar pelbagai kejayaan dalam bidang seni.

Bertitik tolak daripada kemenangan program Gegar Vaganza musim kedua pada 2015, graf kerjaya Siti Nordiana terus mencanak naik.  Sehingga meletakkan dia kini berada di kelas tersendiri.

Siti Nordiana

Selepas kejayaan single Satukan Rasa bersama penyanyi, Khai Bahar, Nana muncul dengan single duet terbaharu bersama penyanyi yang juga rakan baiknya, Nubhan Ahamad berjudul Sekali Lagi.

Sekali Lagi

Lagu ciptaan sepenuhnya Sepet dan Nana itu menampilkan genre pop balada namun melodi yang diketengahkan adalah segar sesuai dengan pasaran muzik hari ini..

🔴 SITI NORDIANA & NUBHAN– SEKALI LAGI (Episode 1)

Menariknya, lagu terbitan syarikat Seventeen Eleven Music itu dilancarkan serentak dengan mini siri sebanyak tiga episod bermula 4 Januari pukul 9 malam di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Sementara episod kedua pada 11 Januari dan diikuti episod ketiga yang turut menayangkan video muzik rasmi lagu Sekali Lagi pada 18 Januari.

Mini Siri Video Muzik

Nana berkata, idea menghasilkan mini siri itu adalah atas permintaan peminat selepas menerbitkan mini siri empat episod untuk video muzik lagu Angkara tahun lalu.

“Ramai peminat nak macam konsep video muzik Angkara. Disebabkan mereka sudah lama tidak menonton lakonan di kaca TV, jadi mereka buat permintaan untuk video muzik terbaharu ini dibuat dalam konsep sama.

“Bagi saya ia sesuatu yang menarik, sekali gus dapat mengubat kerinduan peminat. Sekurang-kurangnya, tidak dapat tengok saya berlakon di TV, dalam video muzik pun okay. Dapat juga saya lepaskan rindu dalam lakonan,”

-kata Nana

Cuba menampilkan kelainan dari sisi kebiasaannya, menerusi mini siri dan video muzik Sekali Lagi itu, Nana bertindak selaku penulis skrip dan jalan cerita. Malah, Nana juga terbabit secara langsung ketika proses suntingan dilakukan.

Nana Penulis Video Muzik

“Kalau dulu saya hanya berlakon dalam video muzik. Tapi, untuk video muzik kali ini, saya adalah penulis. Walaupun pengarah orang lain iaitu Atmin Mazid, tapi dia akan bertanya kepada saya secara keseluruhan apa yang ingin disampaikan. Begitu juga ketika proses suntingan, mereka akan tanya saya.

“Pendek kata, untuk projek kali ini sangat istimewa. Saya berasakan ini satu lagi permulaan yang bagus dalam kerjaya saya. Dalam masa sama, dapat mempelajari perkara baharu terutama kerja di belakang tabir.

“Dalam video muzik ini juga saya melakonkan watak wanita yang menjengkelkan. Banyak momen yang dipaparkan membuatkan penonton akan berasa geram. Semua ini bagi disesuaikan dengan lirik yang dihasilkan,” katanya.

Kenapa Nubhan?

Berkongsi mengenai pemilihan Nubhan, Nana berkata bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam itu mempunyai kualiti vokal yang bersesuaian dengan lagu yang dihasilkan.

“Bagi saya Nubhan memiliki vokal yang sangat sesuai dengan lagu ini. Saya memang mencari penyanyi lelaki yang bersuara serak. Jadi, karakter vokal Nubhan ada. Lagi pula, sudah lama tidak mendengar dia menyanyi dan muncul dengan lagu baharu.

“Aabila saya tawarkan projek ini, dia kata okay selain mahu menjadikan single duet ini sebagai kesempatan untuk membuat kemunculan semula dalam bidang nyanyian.

Paling penting bagi saya adalah, vokal Nubhan ini unik dan ‘rare’ sebab jarang ada dalam negara kita. Jadi, saya ingin ketengahkan dalam lagu ini sekali gus memberikan warna berbeza,” katanya.

Menurut Nana, Nubhan adalah pilihan tepat selain kualiti vokalnya dipersetujui beberapa guru vokal lain.

Keserasian

“Sebelum merakamkan lagu ini dan mencari pasangan duet, saya bagi Nubhan dengar dan minta dia nyanyi sedikit. Apabila dia nyanyi, semua cakap sesuai. Malah, apabila saya perdengarkan pada guru vokal, mereka juga bersetuju.

“Sejujurnya, dia memang pilihan pertama saya. Tidak tahu macam mana boleh terfikir dia. Kiranya selepas merakamkan lagu ini pada Oktober tahun lalu dan mendengarkan hasilnya, saya dapat apa yang dimahukan,” katanya.

Melodi Sekali Lagi

Menurut Nana, lagu Sekali Lagi memiliki melodi yang mesra pendengar dan berharap ia dapat diterima baik seperti lagu-lagu yang dihasilkan sebelum ini.

“Kalau dengar muzik lagu ini ia sangat segar. Kali pertama Sepet perdengarkan kepada saya, ada bahagian dalam lagu ini terus menangkap telinga dan jiwa saya. Itu membuatkan saya tertarik untuk menyiapkan lagu ini.

“Jadi, saya berharap pendengar juga akan dapat merasai perkara sama. Dengar Sekali Lagi terus jatuh cinta. Saya tidak sabar menantikan reaksi dan maklum balas peminat. Semoga lagu ini akan berjaya dan pergi lebih jauh,” katanya. Lebih lanjut lagi di

Youtube |

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Gegar Vaganza, Nubhan Ahamad, Siti Nordiana

Post navigation

Previous: Hafiz Hamidun Umumkan Album Salawat Islam Moden Baru ‘MARHABA’
Next: Tulus – Single Dari Azmi Saat Bukti Cinta Buat Isteri

Related Posts

RAYA TETAP RAYA 2026

RTM: RAYA TETAP RAYA 2026 – APA YANG BEST?

March 15, 2026May 9, 2026 Nannie Isa
LOKALOKO 2026

LOKALOKO 2026: IRAMA DUA DUNIA GEGAR ZEPP KL?

November 25, 2025December 17, 2025 Nannie Isa
GEMA BUMANTARA

GEMA BUMANTARA- ALBUM TRADISIONAL, APA YANG BEST?

October 29, 2025October 29, 2025 Nannie Isa

One thought on “Siti Nordiana Pilih Nubhan Untuk Lagu Duet Sekali Lagi”

  1. mrspip says:
    January 9, 2021 at 12:04 AM

    gandingan menarik bagi pendapat saya.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}