CIAO, MENAMPILKAN JOE FLIZZOW. MK & JAY PARK| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Ciao? Apa pemahaman anda tentang ayat ini.

“Kita perlukan lagu antem untuk kehidupan seharian kita, ia sudah lama tidak kita miliki. This is the one“- Jika anda Joe Flizzow, setiap lagu adalah manifesto, totem kepada monumen. Joe Flizzow tidak pernah berhenti selepas mencapai kejayaan.

Sepanjang tahun yang dilalui di takhta hip-hop Asia Tenggara, Joe telah gunakan untuk mempertajam naluri, pemikiran dan pena. Jadi ketika dia kembali ‘menyerang’, kesannya bergema dan taruhannya, tinggi, amat tinggi.

Muncul “CIAO”, lagu pertamanya untuk tahun 2021 dan single utama dari album Johan yang bakal muncul tidak lama lagi keluaran melalui Def Jam Malaysia. Memanfaatkan makna perkataan bahasa Itali itu – “hello” dan “selamat tinggal” .

Gabungan Malaysia & Korea

Joe menggabungkan dua suara berwawasan lain dalam permaidani hip-hop Asia, MK dari Malaysia dan Jay Park dari Korea Selatan. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada bencana tahun 2020. Pastinya mengalukan permulaan baru 2021, dan meraikan semangat ‘hustle’ yang menggerakkan kehidupan seharian kita.

Maksud CIAO

“CIAO” mengingatkan kita kepada sifat seorang raja. Kepintaran dan karisma yang sama adalah darah dan baja hip-hop. Tetapi seseorang yang mahir dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa, dia akan dapat mempertingkatkan hasil kerjanya. Diiringi rentak ciptaan ALYPH yang berdegup rancak, gelap tetapi sedap didengar disertai alunan puisi dari Joe amat memukau dan hebat.

“Selamat petang kepada yang datang / No syarahan ini cuma hanya pesanan / Ucapan pengerusi kejohanan / Latihan buku teks ku sekolahkan”. Adalah kata pembuka lagu itu, yang tidak hanya mendahului kekuatan autoritatif kata-kata Joe. Ianya satu fakta bahawa pengalaman ini akan menjadi sangat berbeza berbanding apa yang biasa anda lalui.

“Seperti haiku, saya ingin menyampaikan sebanyak yang mungkin dengan mengatakan paling sedikit yang mungkin”, Joe menjelaskan tentang pendekatannya terhadap lirik “CIAO”. Dan kekuatan diksi yang menghiasi keseluruhan lagu menjayakan misi tersebut. Peristiwa penting  yang sewajarnya diketahui disampaikan dengan kata-kata yang pasti tidak akan dilupakan:

“Buku sejarah tebal sekarang / Kita yang karang, menang perang”. Sejarah diceritakan oleh pemenang, dan ketika buku-buku itu menebal dengan kisah mereka, demikian juga dengan keteguhan semangat dan kekuatan tekad mereka. Hadiah terbesar Joe dalam lagu ini adalah dia mencipta kemenangan – apa jua bentuk kemenangan atas segala jenis kesulitan – yang sangat bermakna.

Dalam dunianya, kita harus sentiasa berfikiran jauh ke hadapan. Dan ketika kita berasa gembira meninggalkan tahun 2020, begitu juga kita harus menyambut kedatangan tahun 2021 dengan semangat yang tinggi: “Tas zass ciao ciao ciao“.

Featuring MK & Jay Park

Dengan adanya MK dan Jay Park menjadikan “CIAO” sebagai pertemuan antara minda-minda hip-hop yang hebat, memberi penghormatan kepada beberapa artis rap terbaik dan terkenal.

“Lagu ini sudah bagus tetapi bagaimana untuk kita menambah kepanasan?” Dengan cara masing-masing, MK dan Jay Park memarakkan api dengan mudah, dan menyambut seruan Joe. Jay Park, khususnya,”Joe Flizz, tell the kids / We turn passion into a biz” (Joe Flizz beritahu anak-anak) / Kami mengubah minat menjadi perniagaan).

-kata Joe lagi

Menemani single ini adalah video muzik yang bakal menarik perhatian diarahkan oleh ikon pakaian lelaki dan jurugaya Shahrin Bahar, di mana karya ini merupakan debut sutradara beliau.

Menterjemahkan mesej lagu dengan tepat, bahasa visual dalam video ini  yang digambarkan dengan sempurna dapat membuat anda merasa seolah-olah mampu menjangkau bintang.

Muzik Video Ciao

Joe, MK dan Jay Park menggegarkan dunia dengan cara angkuh kosmik mereka apabila Lamborghini berderu sambil diapit model terkenal Malaysoa. Lagu yang luar biasa memerlukan video yang luar biasa – dan inilah dia. Tahap penyuntingan hebat yang merangkumi setiap perincian.


Kita pasti pernah mendengar mutiara kata ini: Apabila berdepan dengan kesukaran hidup ataupun masa yang sukar, seseorang itu perlu bertahan, kuatkan semangat dan mengharungi saat itu dengan berani.. Tapi melalui “CIAO”, Joe mengajak kita untuk menikmati kehidupan. Dan adalah mustahil untuk menolak pelawaan itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge