TUAH DINOBATKAN JUARA MIC ON! MUSIM KE 2, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti ramai yang setuju dengan kemenangan ini. Kemenangan yang dinantikan oleh tuan badan seperti namanya sendiri.

Selepas 10 minggu bersiaran, program realiti MIC ON Musim ke 2 melabuhkan tirainya. Konsert pentas akhir berlangsung pada Jumaat, 1 April 2022 – 9 malam yang menggabungkan elemen nyanyian di Awesome TV.

TUAH JUARA

Dinobatkan sebagai juara untuk musim ke dua ini. Tuah atau Mohamad Farhan Zahi Mohd Zaini berumur 29 tahun berjaya memenangi ketiga-tiga juri tetap.

Persembahan pada malam itu, Cintaku 100 persen nyanyian asal Mas Idayu untuk Tribute Untuk Juri. Manakala untuk tema bebas menyanyikan Salam Terakhir nyanyian asal Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Dengan markah keseluruhan sebanyak 521/600 berjaya membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai sejumlah RM 100,000 dan sebuah trofi sumbangan Awesome TV.

DATO HATTAN

Kebolehan Tuah untuk mempersembahkan lagu-lagu yang ditugaskan kepada beliau dengan baik. Kurang memperlihatkan kesilapan sepanjang berlangsungnya konsert ini selama 10 minggu ia bersiaran.

Kebolehan menyampaikan persembahan terutamanya bergenre rock perlu diakui ramai. Layak ditawarkan untuk menggalas tanggunjawab sebagai vokalis untuk kumpulan rock terhebat di tanah air.

-kongsi Dato Hattan

DATO’ AWIE

Saya sarankan Tuah untuk bersama dengan Din dan Kid untuk menjadi vokalis kumpulan tersebut! Tuah adalah bukti kita mempunyai ramai bakat tempatan yang hebat.

Boleh diketengahkan seterusnya menyerikan lagi industry seni tanah air.

Pada masa yang sama, kebolehan Tuah untuk bermain instrument muzik memberi kelebihan untuk terus menyerlah dalam bidang ini.

Mungkin kali ini, rezeki betul-betul di pihak Tuah!

BEST MANAGER DIMENANGI OLEH

Fad Bocey diumumkan sebagai ‘Best Manager’ dua tahun berturut-turut dengan membawa pulang RM 10,000 dan trofi.

Tugas Fad dalam program ini untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar selama 10 minggu .

PEMENANG LAIN

Bulan memenangi tempat kedua dimana membawa pulang RM 5,000 dan trofi. Mempersembahkan lagu ‘Dari Kekasih Kepada Kekasih’ nyanyian Dato’ Hattan dan ‘Segalanya Ku Terima’ dari Illusi.

Haze terpaksa akur di kedudukan ketiga dengan markah 425 dan membawa pulang wang tunai RM 2,500 berserta trofi sumbangan Awesome TV.

Kejayaan malam itu dilihat berganda buat Haze dimana diumumkan sebagai ‘Talent  Terbaik MIC ON’!. Tahap persembahan dilihat meningkat dan potensi yang ditunjukkan ternyata berjaya memenangi barisan juri.

Zakir berada di tempat keempat dengan lagu yang dinyanyikan ‘Hukum Karma’ (Wings) dan ‘Jangan Khianati Aku’(Azlan Typewriter).

Finalis tunggal wanita, Yulia berada di kedudukan kelima dengan markah 353. Mempersembahkan lagu ‘Selangit’ dari Mas Idayu dan ‘Gemilang’ (Jaclyn Victor).

Pada malam final program MIC ON Musim 2 sisi penyingkiran berlaku pada seisi pertama dimana Hafiy dan Aiman tersingkir sebelum ke seisi kedua.

SUARNET

Dimeriahkan dengan kehadiran empat artis kesayangan ramai iaitu Tomok, Black, Naqiu dan Hazama yang masing-masing diberi tanggungjawab untuk berada di SuarNet.

SuarNet mewakili suara warga netizen sewaktu program berlangsung.

MIC ON! Musim kedua dikendalikan oleh Issey Fazlisham dan susunan muzik sepanjang konsert mingguan dikemudikan oleh Hashridz Murshim atau dikenali dengan Dato’ Acis.

Setiap minggu peserta akan diberikan tugasan mengikut tema yang ditetapkan. Penjurian adalah 100% oleh barisan juri yang telah dilantik. Ianya berdasarkan tiga kriteria permarkahan iaitu segi vocal (40%), kreativiti (30%) dan persembahan (30%).

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge