RAMLI SARIP KINI TAMPIL DENGAN ALBUM TAJUK RASA, BEST TAU! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa yang tidak kenal dengan Ramli Sarip atau lebih dikenali dengan Papa Rock!
RAMLI SARIP
Lebih setengah abad bergelar anak seni menyaksikan Datuk Ramli Sarip kaya dengan pengalaman berharga. Ramli, 69, yang sinonim dengan panggilan Papa Rock.
Insan unik yang dianugerahkan bakat semulajadi dalam penghasilan lagu dan lirik yang menyengat.
Karyanya tidak pernah menghampakan apabila sering hadir dengan tema kehidupan, adab pekerti, falsafah, seni budaya dan agama.
ALBUM JUDUL RASA
Kemunculannya menerusi album berjudul Rasa menampilkan sisi kualiti Ramli yang tersendiri dalam industri hiburan. Sembilan tahun tanpa album baharu.
Beliau memperkemaskan karyanya menerusi album ini untuk dijadikan koleksi dan khazanah berharga peminat pada masa akan datang.
ALBUM TERBAIK?
Baginya, setiap perkara yang dizahirkan kita mempunyai ‘rasa’ dan inilah yang ditampilkan dalam album solo ke-12 ini selepas Kalam Kesturi pada 2002.
Ramli mengakui Rasa adalah album terbaiknya kerana menggabungkan elemen muzik ‘folk’ (rakyat), blues, rock dan pop tetapi masih dalam teras Nusantara Melayu.
Rasa adalah cerminan peribadinya terhadap kehidupan yang dilalui termasuk mengimbau semula kehidupan silamnya ketika zaman bersama kumpulan Sweet Charity.
PERSEMBAHAN ISTIMEWA 24 APRIL 2022
Berita baik buat peminat penyanyi legenda ini, Ramli akan tampil dengan persembahan istimewa. Nantikan dalam majlis berbuka puasa RASA (Cinta Di Sebalik Musim) Datuk Ramli Sarip pada 24 April 2022 di Royale Chulan Kuala Lumpur.
ANJURAN MUKMIN PAY
Program anjuran Mukmin Pay Sdn Bhd dengan sokongan Konsortium IRAMA ini memberi peluang untuk peminat berbuka puasa dengan Ramli serta menikmati persembahan menarik yang akan disajikan.
“Ramli sememangnya sinonim dengan lagu-lagu berkonsep nasihat dan religi yang sangat popular dikalangan pelbagai peringkat peminat.
“Justeru beliau akan tampil menghiburkan peminat-peminat yang hadir nanti dengan rangkaian
lagu-lagu popular lama dan baharu dari album Rasa selama lebih satu setengah jam.
“Persembahannya juga akan diiringi oleh barisan pemuzik profesional yang sering bekerjasama dengannya,”
-kata Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid yang mewakili penganjur.
TABUNG UNTUK PENGGIAT SENI
Lebih dari itu, kerjasama antara Mukmin Pay Sdn Bhd dengan Konsortium IRAMA juga bermatlamat untuk membantu penggiat seni yang berdepan ujian seperti sakit dan sebagainya.
“Kita akan buat tabung untuk penggiat seni. Untuk hari ini, kami akan memberi sumbangan kepada wakil Ali XPDC yang mengalami masalah jantung.
Manakala Dwan Olan yang diuji dengan serangan strok ringan.
PERSEMBAHAN SELEPAS TERAWIH
“Maksudnya di sini peminat yang membeli meja secara automatik turut menyumbang kepada tabung yang diwujudkan. Selain IRAMA, sumbangan akan turut dihulurkan kepada beberapa pihak lain yang akan dikenal pasti selepas ini,”
“Persembahan akan bermula selepas selesai terawih. Kami percaya peminat yang hadir pasti terhibur dengan persembahannya.
“Tempat ini hanya boleh memuatkan 60 meja dan ia dibuka kepada konsep siapa cepat dia dapat,”
HARGA JUALAN MEJA
Harga jualan meja untuk untuk RASA (Cinta Di Sebalik Musim) Datuk Ramli Sarip dikategorikan kepada:
- Super VVIP – RM15,000 (8 orang)
- VVIP – RM10,000 (8 orang)
- VIP – 7,000 (8 orang)
- Platinum RM5,000 (8 orang)
- Gold RM3,000 (8 orang)
- Seat individu seorang juga ditawarkan (hanya untuk Platinum dan Gold)
-Seat individu Gold RM375 ( untuk seorang)