TRESOR MONDE.H BUTIK BARANG KEMAS TARAF PREMIUM, AMAZING!
Tresor Monde.H membuka butik baharu di KLGCC Mall, Kuala Lumpur dengan koleksi barang kemas mewah, khidmat rekaan peribadi dan kehadiran legenda Hong Kong, Nancy Sit Ka Yin sempena majlis pembukaan
TRESOR MONDE.H
Jenama barang kemas mewah Tresor Monde.H terus mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran Malaysia menerusi pembukaan rasmi butik terbaharu di KLGCC Mall. Sekali gus memperluaskan akses kepada pelanggan yang menghargai rekaan eksklusif, pertukangan halus dan layanan premium.

Pembukaan butik baharu ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pelan pengembangan jenama yang terkenal dengan koleksi barang kemas berkualiti tinggi, dihasilkan menerusi gabungan seni pertukangan tradisional dan sentuhan moden yang elegan.
NANCY SIT KA YIN TURUT HADIR
Majlis pembukaan berlangsung dalam suasana penuh gemilang dengan upacara memotong reben yang disempurnakan oleh legenda industri hiburan Hong Kong, Nancy Sit Ka Yin, bersama pengasas Tresor Monde.H, Harry Chan, barisan rakan perniagaan, tetamu kehormat dan jemputan khas.

Kehadiran bintang terkenal TVB itu menambahkan lagi seri majlis yang turut dimeriahkan dengan persembahan fesyen barang kemas eksklusif, persembahan muzik secara langsung serta tarian singa sebagai simbol membawa tuah dan kemakmuran kepada premis baharu.
TRESOR MONDE.H TAMPIL KOLEKSI BARANG KEMAS UNTUK SETIAP GENERASI
Nama Tresor Monde.H, yang berasal daripada frasa bahasa Perancis bermaksud “Treasure World”, mencerminkan falsafah jenama dalam menghasilkan barang kemas yang bukan sahaja indah dipakai, malah mempunyai nilai sentimental yang kekal sepanjang hayat.
TEMA ‘WHEN TREASURE MEETS THE WORLD’
Mengangkat tema “When Treasure Meets the World”, butik baharu ini menawarkan pelbagai pilihan barang kemas mewah yang direka untuk memenuhi cita rasa pelanggan daripada pelbagai generasi dan gaya hidup. Antara koleksi yang ditampilkan termasuk barang kemas berlian, batu permata berwarna, jed, mutiara, emas dan perak.

Setiap rekaan dihasilkan menggunakan bahan premium yang dipilih dengan teliti, termasuk batu permata yang diperoleh secara beretika serta logam berkualiti tinggi dari Jepun dan Hong Kong.
REKAAN PERIBADI CERITAKAN KISAH PEMILIK
Salah satu keunikan Tresor Monde.H ialah penekanan terhadap rekaan yang diperibadikan mengikut citarasa dan kisah setiap pelanggan.
Pengasas Tresor Monde.H, Harry Chan, berkata setiap pelanggan mempunyai cerita yang tersendiri, dan jenama itu mahu setiap barang kemas yang dihasilkan mampu mencerminkan perjalanan hidup pemiliknya.
BUKAN SEKADAR CANTIK TAPI ADA MAKNA
“Barang kemas bukan sekadar cantik dipandang, tetapi perlu membawa makna. Setiap pelanggan yang melangkah masuk ke Tresor Monde.H mempunyai kisah yang berbeza, dan kami mahu kisah itu diterjemahkan melalui setiap rekaan yang mereka pakai.

Sama ada memilih daripada koleksi sedia ada atau menghasilkan rekaan khas, kami berharap setiap hasil ciptaan menjadi khazanah yang akan dihargai selama bertahun-tahun.”
Pendekatan tersebut menjadikan setiap koleksi bukan sekadar aksesori mewah, malah simbol kenangan yang boleh diwarisi kepada generasi akan datang.
BARANG KEMAS LEBIH EKSKLUSIF
Butik baharu di KLGCC Mall direka bagi menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih eksklusif dan selesa, selaras dengan imej premium yang dibawa oleh Tresor Monde.H.
Pelanggan bukan sahaja berpeluang melihat sendiri koleksi barang kemas yang dipamerkan, malah boleh mendapatkan khidmat konsultasi secara peribadi bagi menghasilkan rekaan khas mengikut citarasa dan keperluan masing-masing.
Gabungan pertukangan berkualiti tinggi, layanan profesional serta pilihan rekaan yang elegan menjadikan butik ini destinasi baharu bagi pencinta barang kemas mewah di Kuala Lumpur.
