TOUS MALAYSIA FLAGSHIP DIBUKA DI BANGSAR VILLAGE II, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ingat lagi pada barangan kemas yang sebumbung dengan HABIB? Mesti dah lupa kan!
TOUS
Sebuah jenama barangan kemas dan aksesori yang bernaung di bawah Kumpulan HABIB sejak dari tahun 2019. Sudah empat tahun berada di pasaran Malaysia.
BANGSAR VILLAGE II
Terkenal dengan hasil tangan yang mewah namun pada harga mampu milik ini. Kini membuka butik berkonsepkan flagship di pusat membeli belah Bangsar Village II,
Terletak di aras bawah berhadapan dengan pintu masuk utama. Butik baru ini berkonsep lebih terbuka melambangkan identiti dan style jenama TOUS.
BUTIK FLAGSHIP
Butik flagship ini menawarkan seleksi pilihan tidak hanya bertumpu kepada wanita seperti barangan kemas, tas tangan dan scarf.
Malahan aksesori buat para jejaka seperti barangan kulit, jam tangan dan minyak wangi juga ditawarkan di sini.
Berkeluasan 721 kaki persegi, butik flagship ini memberikan persekitaran yang lebih selesa.
Masih lagi mematuhi penjarakan sosial semasa para pelanggan berkunjung ke sini.
SUDUT KHAS SEJARAH TOUS
Selain itu, satu sudut khas turut disediakan untuk memaparkan sejarah dan warisan TOUS. Serta nilai-nilai yang menjadi pegangan jenama ini untuk terus menghasilkan rekaan yang mampu lengkapkan gaya penampilan.
Setiap koleksi yang direka menjadi simbolik tanda penghargaan serta hadiah untuk yang tersayang mahupun diri sendiri. Setiap barangan kemas ini dihasilkan daripada emas 750, perak sterling dan vermil. Info lanjut layari
Website TOUS | Facebook | Instagram | Contact 014-2009533