Assalamualaikum dan Salam Semua
The World Of The Married KDrama Secara PERCUMA di K-flix| Sebuah drama siri terbaharu Korea berjudul The World Of The Married telah mencipta sejarah. Di dalam sejarah JTBC apabila berjaya merekodkan rating tertinggi sewaktu episod pertama bersiaran. Sumber media tempatan menyatakan rating drama ini semakin meningkat dan trending di laman sosial setiap kali tayangan. Turut mencatatkan rekod tersendiri,untuk episod keenam. Drama siri The World of The Married berjaya mendapat purata rating iaitu sebanyak 18.8 peratus diseluruh negara. Manakala 21.4 peratus bagi kawasan metropolitan Seoul.
Drama ini berjaya mengalahkan rating terbaik drama Korea popular Itaewon Class yang hanya mencatatkan16.5 peratus di seluruh negara pada episod akhirnya. The World Of The Married kini berada di tempat kedua, dalam sejarah saluran JTBC dengan rating tertinggi.Saksikan KDrama ini secara percuma di saluran K-flix mulai 28 April 2020 melalui iflix
Turut menarik perhatian drama ini, bukan sahaja para peminat baharu drama Korea. Malah penggemar drama-drama siri Melayu dan Nusantara juga. Ternyata, drama siri Korea The World Of The Married mempunyai kualiti dan tarikan tersendiri, Dengan jalan cerita yang penuh emosi. Sehingga dapat membuka ruang yang lebih besar untuk menarik lagi ramai peminat drama.
SINOPSIS The World of The Married
Drama ini bercerita tentang pasangan suami isteri yang mengalami masalah dalam kehidupan rumah tangganya. Akibat dari kerana sebuah pengkhianatan. Yang akhirnya membawa kebencian. Pelakon veteran Kim Hee Ae memegang watak sebagai Ji Sun Woo. Memainkan watak seorang anak Doktor. Jin Sun Woo bernikah dengan Lee Tae Oh (Park Hae Joon) . Mereka mempunyai seorang anak lelaki. Ji Sun Woo. Menjalani kehidupan yang sangat sempurna dan dikelilingi dengan ahli-ahli keluarga yang sangat positif.
Kehidupannya yang harmoni, membuatkan perasaan cinta dan kesetiaan terhadap suaminya memang tidak pernah berubah. Ketika beliau hidup dalam keadaan penuh bahagia. Satu fasa dugaan yang dihadapinya telah mengubah segala persepsi mengenai suaminya. Meskipun Lee Tae Oh mencintai isterinya, tetapi dia telah hanyut dalam sebuah perhubungan. Perhubungan yang sangat berbahaya. Membuatkan hubungan mereka tidak lagi bahagia.
Jalan cerita menarik dalam drama ini juga, tidak hanya menjelaskan kisah kecurangan seorang suami. Malah turut mengangkat kisah seorang isteri yang membalas dendam. Balas dendam terhadap perbuatan suaminya yang berselingkuh. Memang cukup emosi! Apa terjadi seterusnya kenalah lihat sendiri ye!
Genre : Drama
Pelakon : Kim Hee-ae, Park Hae Jun, Park Sun-young
Pengarah : Mo Wan-il
Percuma di iflix : 28 April 2020
Tak tgk pun. ramai gila ckp best. Penuh timeline pasal TWOTM