Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
The Taste of Paradigm – Spend and Be Rewarded Hanya di Paradigm Mall, PJ| Makan adalah satu benda wajib yang selalu anda buat. Ada yang kata makan untuk hidup dan ada pula yang kata hidup untuk makan! Anda kaki makan? Kalau ya apa kata jom sama-sama meriahkan kempen The Taste of Paradigm – Spend and Be Rewarded.
Kempen The Taste of Paradigm – Spend and Be Rewarded bermula dari 19 Ogos 2019 sehingga 17 November 2019. Ianya diadakan di Paradigm Mall Petaling Jaya sahaja. Yang menariknya ialah setiap pengunjung yang datang ke sini boleh menebus makanan dan minuman daripada outlet yang terpilih menerusi pengumpulan setem. Setem ini diperolehi apabila anda berbelanja di Paradigm Mall.
“Kami sangat teruja untuk menawarkan pelanggan setia kami peluang untuk diberi ganjaran makanan dan minuman percuma di pusat membeli-belah kami. Kami bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah yang tidak dapat ditandingi kepada pelanggan tetapi juga menyediakan pelbagai pilihan citarasa makanan. Hampir 100 kedai F & B di Paradigm Petaling Jaya bakal , pembeli kami dimanjakan untuk pilihan. Kempen The Taste of Paradigm – Spend and Be Rewarded adalah platform untuk kami memberu hadiah yang menarik buat para pelanggan setia kami. ”
-kata Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls;
Paradigm Mall Petaling Jaya baru-baru ini telah menamatkan fasa pertama Inisiatif Peningkatan Aset (AEI) yang mendedikasikan keseluruhan tahap LG ke pusat makanan ‘food court’ dan satu-satunya restoran Food Arcade. Pengubahsuaian ini mempamerkan campuran makanan dan minuman (F & B) yang berkualiti tinggi dimana menawarkan pembeli pelbagai perisa dalam hidangan mereka dari hidangan Melayu, Itali, Timur Tengah, Thai, Jawa, dan Hong Kong yang sahih kepada makanan Taiwan.
Kempen The Taste of Paradigm – Spend and Be Rewarded
Senang sahaja untuk sertai kempen ini, singgah di Kaunter Concierge untuk mengambil passport Taste of Paradigm terlebih dahulu. Mempunyai dua langkah mudah – Berbelanja dan Dapatkan Ganjaran.
👉 Berbelanja minima RM30 dalam satu resit dari mana-mana cawangan F&B
👉 Kemudian dapatkan 1 cop sewaktu kempen ini belangsung
👉 Kumpul beberapa cop untuk melayakkan anda menebus makanan / minuman PERCUMA
👉 Kempen ini hanya di Paradigm Mall SAHAJA.Apabila cukup bilangan cop bolehlah menebus di F & B secara percuma samada dari Sepiring, The Chicken Rice Shop, Waffuru Café, Seaweed Club, The Energy Club, Fish & Co, Warung Mama, Vanilla Mille Crepe, Papparoti dan lain-lain.Antara hidangan atau outlet yang ada di Paradigm Mall seperti
Sedapnya Nanie.. tergugat aih.. hahaha..
Kak Sue recently posted…Kelas Renang Untuk Sekeluarga di Swim Rush Academy
Huwahhhh.. sedapnye.. semua sedap.. nmpk menyelerakan..
Rasa tergugat kak tengok hahaha.. Zaza tak pernah lagi jejak paradigm ni.. Nak kena turun kl lagi la nanti jawabnya ni
Yup tergugat nafsu..sampai meleleh air lioq tgok makanan kat sana..hehehe. Ada masa nanti leh le sis singgah sana
Wahhh sedap-sedap sungguh makanan yang ada.. kalau dekat, nak juga ke sana ni 🙂
Makanan semua nampak menarik dan sedap.. Kalau pergi area sana boleh singgah.. Terliur tau..
Wahh.. Best juga ye macam tu. Sambil membeli, kita kumpul point dia. Pastu redeem. Okay, terbaikkkk.. 👍👍👍👍
Lama tak ke paradigm… Byk pilihan kedai makan yg best juga ye
Eat and get rewarded…fuh memang fav Marsha ni
Moh ler kita berjemaah JJCM ke paradigm mall.