Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

The Swimming Club Di Buka Di Kuala Lumpur Mulai Sept 2018Kuala Lumpur, siap sedia untuk ketibaan bar kolam renang yang mengujakan dengan pembukaan The Swimming Club di Hotel The Kuala Lumpur Journal.

Terletak di bumbung aras 11, The Swimming Club merupakan tempat ideal untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Tetamu juga boleh bersantai bersama minuman koktail dengan sentuhan rasa tempatan.

Selari dengan rekaan hotel yang bebas, bar yang dilengkapi kolam renang ini telah diubahsuai dengan rekaan tropikal pertengahan abad dengan sentuhan retro Malaysia. Antara inspirasinya adalah Palm Springs, gaya seni bina di Penang dan Wes Anderson.

Estetika yang terhasil mempunyai warna dan elemen yang menarik beserta motif menjadikan bar kolam renang ini lain dari yang lain.

Bar kolam renang yang baharu ini berfungsi sebagai platform untuk mengukuhkan lagi portfolio keseluruhan dan mengembangkan peluang kami untuk menjalinkan usahasama dengan kolaborator dan pereka tempatan.

Sebagai hotel butik tempatan kami menitikberatkan pendekatan seni rekaan dan kami berharap tetamu boleh melihat personaliti kami melalui bar kolam renang yang telah diubahsuai ini.”

 “Kami memastikan jenama The Kuala Lumpur Journal relevan dan segar dengan memberi fokus kepada pengalaman menyeluruh tetamu yang datang ke hotel kami.

Dengan berkembang dan menaiktaraf perkhidmatan jenama ini, kami percaya kami boleh mencipta pengalaman terbaik yang mampu memberi definisi baru dalam pengalaman penginapan hotel kepada tetamu kami.”,

Ramesh Singh, Pengurus Besar Hotel The Kuala Lumpur Journal .

The Swimming Club

Sementara tetamu bersantai di kolam renang infinity berair garam dengan pemandangan yang menakjubkan di The Swimming Club, mereka turut menyediakan menu bar yang bakal memberikan tetamu pengalaman yang menyegarkan.

The Swimming Club menawarkan Koktail istimewa dengan rasa tempatan seperti Mojito Assam Boi, Margarita Limau Purut, Rooftop Cucumber Lemonade dan minuman yang hebat dari pelbagai jenama bir, wain, spirit and minuman tanpa alkohol serta jus yang sihat.

Tetamu juga boleh menikmati hidangan enak dan mudah di tepi kolam renang seperti Burger Journal, Roti Katsu dan Salad Ceaser Klasik – yang boleh dinikmati bersama teman-teman.

The Swimming Club dibuka setiap hari dari 12 tengah hari hingga tengah malam. Dari happy hour, sesi minum romantik dengan permandangan matahari terbenam hingga lah ke parti malam Sabtu di bandar.

The Swimming Club merupakan destinasi terbaik untuk malam istimewa dengan teman dan rakan – #TogetherWeSwim!

Bersempena dengan pembukaan bar ini; tetamu boleh menikmati promosi koktail beli satu percuma satu dari jam 4 petang hingga 7 petang setiap hari.

Untuk mendapat maklumat terkini tentang aktiviti, promosi sepanjang tahun layari

Facebook| Instagram |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge