THE OOOOOOONG PARTY BOX PIZA BAHARU, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terbaru dari Pizza Hut dimana sesuai dijadikan buah tangan untuk dinikmati bersama apabila berkumpul untuk Tahun Baru Cina.
TRADISI PEMBERIAN BUAH TANGAN
“Pada perayaan Tahun Baharu Cina 2023 ini, kami ingin mencadangkan satu kelainan yang menyeronokkan kepada tradisi pemberian buah tangan.
Dimana selain dari kebiasaan membawa buah oren mandarin sebagai hadiah, apa kata ianya digantikan dengan Ooooooooong Party Box yang lazat?
Bayangkan keseronokan setiap ahli keluarga apabila anda membawa pizza ini sewaktu makan besar Tahun Baru Cina.
THE OOOOOOONG PARTY BOX
“Oooooooong Party Box merupakan olahan bertema Tahun Baru Cina dari pizza The Loooooooooong Party Box yang telah dilancarkan tahun lepas.
Keunikan pizza ini terletak pada ukurannya sepanjang 1 meter dan sesuai untuk dikongsi bersama 10 orang atau lebih.
Menjadikannya sesuai untuk majlis atau keraian, terutama sewaktu makan malam besar sebelum perayaan Tahun Baru Cina”
-kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.
ADA TRAK PIZA?
Sebagai sebahagian daripada strategi promosinya, Pizza Hut akan membuka sebuah trak piza pada 19 hingga 20 Januari bertempat di Lot 10, Bukit Bintang bermula pukul 11 pagi hingga 8 malam.
Anggaran sebanyak 3,000 keping piza akan diagihkan secara percuma untuk dicuba oleh orang ramai.
Disamping menyediakan beberapa permainan yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi!
ALA CARTE PUN ADA?
The Oooooooong Party Box boleh dinikmati apabila makan di restoran atau di bawa pulang pada harga RM99.00 ala carte.
Manakala Ooooooooog Treasure Box (Cheesy Poppers Pizza) berharga RM 41.90 ala carte dan juga boleh didapati dalam pelbagai kombo nilai yang berbaloi.
Piza ini juga tersedia dengan promosi menarik mulai sekarang hingga 23 Januari 2023, selain itu anda juga boleh membeli Ooooooooog Treasure Box (Cheesy Poppers Pizza) dengan harga RM22.
Berserta isian semula minuman secara percuma apabila anda makan di restoran.
Pesan sekarang melalui Aplikasi Pizza Hut atau kunjungi restoran Pizza Hut yang berdekatan untuk menjamu selera atau bawa pulang.