TERIMA KASIH, KONSERT SLAM NURKASIH MEMANG BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Lahir pada 80an-90an pasti kenal dengan kumpulan SLAM. Lagu- lagu yang didendangkan selalu meniti di bibir jua di corong radio.
KONSERT SLAM NURKASIH
Sejak dari jam 7 petang lagi, ruang legar Zepp KL di penuhi dengan peminat-peminat SLAM. Tak sabar menanti lagu-lagu yang bakal dimainkan malam ini.
SEBELUM INI KONSERT DI
Pada Februari tahun lalu, Slam muncul dengan Konsert Mentari Muncul Lagi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kemudiannya mereka merayakan “Slam 30th Anniversary Concert” yang berlangsung di The Star Theatre, Singapura pada 10 Jun lalu.
LAGU-LAGU HITS
Mengembalikan nostalgia peminat menerusi lagu hits Slam seperti Buat Seorang Kekasih, Suratan, Kurnia, Rindiani.
Tidak lupa juga Jika Kau Rasa Getarnya, dan Maria Mariana yang turut mengundang dua penonton wanita menyanyi bersama di atas pentas.
HANGATKAN SUASANA
Bukan hanya bersandarkan pada lagu-lagu ‘syahdu’ dan balada semata, Slam turut menyampaikan beberapa lagu rancak iaitu Kembali Merindu, Manisnya Rindu, Entah Mengapa.
Arrangement lagu Nurkasih yang baru memang menghangatkan lagi suasana konsert.
LAGU WAJIB
Slam turut menyampaikan lagu Mentari Muncul Lagi dan Kembali Terjalin.
Lagu ‘wajib’ sebelum menutup tirai konsert yang berjaya menghimpunkan lebih 2000 peminat setia Slam
AHLI KUMPULAN SLAM
Selain Zamani selaku vokalis, Shah (gitaris), Eddie (keyboard), Lili (bes) dan Man (dram) yang menerajui Slam.
Konsert Slam NurKasih turut mendapat sentuhan Paang Zaman yang bertindak sebagai perkusi bagi menambahkan ‘warna’ konsert yang berdurasi 2 jam itu.
ZAMANI TIDAK SIHAT
“Maaf, kami tidak dapat meneruskan persembahan kerana Zamani kurang sihat,”
-kata pemain bassnya, Lili sebelum mereka yang ketika itu sudah menyampaikan 16 lagu meninggalkan pentas.
PENONTON RESAH & RISAU
Peminat Slam tertanya-tanya seketika apabila penyanyi Slam, Zamani dikatakan tidak sihat dan mereka terpaksa menghentikan persembahan.
Ianya sekaligus mendatangkan keresahan di hati para peminat kumpulan itu.
“Sepatutnya kami berhenti berehat, tapi tak mahu ‘potong’ mood penonton, jadi kami teruskan sahaja persembahan,” ujarnya lagi.
HANYA GIMIK?
Terdahulu, Zamani ada meluahkan kebimbangan mengenai kesihatannya dan berharap keadaannya terus stabil pada malam Konsert NurKasih.
Namun itu hanya gimik yang dilakukan oleh Slam apabila Zamani kembali semula ke pentas beberapa minit kemudian dan menyampaikan dua lagu ‘encore’ yang menutup konsert berkenaan.
KONGSI ZAMANI
“Minta maaf andai kata stamina dan suara kami tidak lagi sama seperti dulu, bukan saja faktor kesihatan, malah usia juga turut memainkan peranan. Umur pun semakin ‘muda’,” usik Zamani.
Lagu Encore Mentari Muncul Lagi dan Kembali Terjalin membuatkan para peminat kembali ceria dan turut menyanyi bersama Zamani dan SLAM.
Satu ayat yang boleh dikongsi ‘NAK LAGI!’. Memang terbaik dan best! Kalau durasi konsert 3 jam pasti lagi enjoy
credit: Maestro