Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Teratak Selari Bonda di Kampung Rengit, Johor |Berkesempatan untuk melawat antara Desastay sewaktu Karnival Desastay baru-baru ini iaitu Teratak Selari Bonda di Kampung Rengit Johor Bahru tidak dilepaskan. Kebetulan sidang media tentang Karnival Desastay yang baru berlangsung telah diadakan di sini. Sambil bersidang media , KP pun berkesempatan untuk melihat sendiri Teratak ini . Ini KP kongsikan apa yang menarik tentang Teratak Selari Bonda
Informasi Teratak Selari Bonda (diambil dari Facebook Inap Desa Teratak Selari Bonda)
Teratak Selari Bonda telah mula dibina pada 2010 dan selesai pada 2010. Teratak ini menggunakan kayu cengal tanpa paku.. Ianya terletak betul-betul selari dengan rumah ibundanya dan dimiliki oleh Tuan Haji Yusuf dan Hajah Ainon
Didirikan diatas sebidang tanah di No.148, Kg. Parit Tengah, Sri Merlong, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor.Atas permintaan yang tinggi darpada Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Masyarakat sekeliling yang tertarik dengan Ukiran Seni Binanya maka beliau telah bersetuju menjadikan sebagai Inap Desa. Semuanya menggunakan kayi cengal tanpa paku Cantik bukan ukiran kayu ini di anjung rumah ( pintu masuk) Terdapat 2 bilik tidur di Teratak Selari Bonda ini
Ini adalah salah satu bilik yang mempunyai 2 katil bujang
Siap dengan almari dan meja solek Ada aircond juga jadi tidak perlu risau jika kepanasan. Ini pula bilik utama, katil Queen (kalau x silap) Tangga pun mempunyai ukiran dan dijaga elok Tingkap – kalau masa petang duduk kat sini memang best sebab terasa sejuk dan nyaman bila angin bertiup Dapur Ruang tamu . Semua perabot didalam Teratak ini semuanya dari kayu cengal Sempat berposing di anjung Sebelum pulang sempat KP bergambar berlatarbelakangkan Teratak Selari Bonda. Secara keseluruhannya , Inap Desa ini di kelilingi masyarakat kampung beragama Islam Melayu/Jawa Johor. Banyak kegiatan Ekonomi masyarakat desa seperti Ladang Kelapa Sawit, Ladang Nanas, Kilang Proses makanan Ringan (Kerepek Pisang/ubi) dan lain-lain terdapat disini. Kampung ini katanya pernah menjadi Johan pertandingan Kampung Indah Peringkat Kebangsaan.
Sebarang Maklumat Sila hubungi Tn. Hj. Yatni/ Hj. Y: 013- 7334700, Tn.Hj. Yusuf : 012- 7377290, ataupun layari di
Facebook Inap Desa Teratak Selari Bonda
Apa kata kalau sekali sekala tukar angin, dari menetap di hotel kita menginap di Desastay. Lagipun boleh juga merasai suasana kampung pasti tak rugi, entah-entah datang lagi kot.
#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #teratakselaribonda #karnivaldesastay #johor
sungguh menarik. mempesona..
Cantik sangat homestay ni.. dulu pernah praktikal kat fama rengit, tapi tak tau pulak ada homestay yang cantik ni