Teater YEOP – Tribut Kepada Seniman Negara Dato’ Syed Alwi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Teater YEOP – Tribute Kepada Seniman Negara Dato’ Syed Alwi| Projek Teater YEOP “Tribut Syed Alwi” merupakan sebuah persembahan yang bertujuan memperingati jasa dan mengenang sumbangan seniman Negara ke 5 (2002) Allahyarham Dato’ Syed Alwi Syed Hassan terhadap perkembangan seni drama Malaysia.
Persembahan adalah dibawah arahan Dr. Rosdeen Suboh dengan pengurusan Tampakdara dan The Actors Studio Seni Teater Rakyat. Ia akan berlangsung dari 27 hingga 30 Disember di Pentas 2, klpac.
Persembahan akan mengangkat tiga (3) naskah terpilih karya. Ia adalah drama Alang Retak Seribu (1973), Tok Perak (1974) dan Going North (1980) dan akan dipentaskan dengan konsep forum teater. akan mempersembahkan Teater YEOP: Suatu Tribut kepada Dato’ Syed Alwi.
Konsep teater forum adalah bersifat interaktif antara pelakon, watak dan penonton dalam semasa persembahan berlangsung. Ia bertujuan bagi menangani isu-isu yang diutarakan berdasarkan tiga naskah iaitu Menuju utara, Alang Rentak Seribu dan Tok Perak. Semasa persembahan, teknik Forum teater akan dibuat bagi mendapat cadangan, pandangan dan cerita sebenar terhadap persoalan yang ada dalam tiga naskah ini dan dikaitkan dengan persoalan yang berlaku di dunia sebenar.
Juga akan diutarakan isu seniman Negara dan karya-karyanya termasuk perjalanan hidup Dato’ Syed Alwi sehingga saat kematiannya. Gabungan isu dari tiga naskah ini dengan teknik forum teater akan membawakan satu revolusi baru dalam struktur persembahan dan suntikan baru kepada isu-isu yang diutarakan dalam karya Dato’ Syed Alwi.
Alang Rentak Seribu: Satu rombongan Filem Negara akan mengadakan penggambaran filem dokumentari mengenai kehidupan masyarakat kampung di kampong. Alang dilantik menjadi penolong pengarah, namun pelbagai masalah timbul ketika pengambaran filem dijalankan.
Going North: Pada tahun 1949, zaman kebangkitan komunis di Tanah Melayu seorang graduan yang di dalam perjalanan pulang ke kampungnya. Ketika menunggu kedatangan kereta api, dia bersua dengan seorang lelaki tua. perbualan di antara graduan dengan lelaki tua itu berkisarkan realiti akan perbedaan pemikiran di antara dua generasi.
Tok Perak: Tok Perak Seorang penjual ubat, muncul semula selepas 34 tahun hilang. Dia membuka langkah baru menjaja hikmat dan nikmat zahir batin kepada manusia abad 21. Seperti biasanya, Tok Perak berjaja dari tempat ke tempat di seluruh negara, dan dari tempat ke tempat dia menemui berbagai perkara dan bermacam kisah yang menghalang kegiatannya, menentang tingkah lakunya, membantah kata-katanya hingga dia ditangkap dan dihukum.
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional
Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes.The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.