TEATER TANJONG, APA YANG MENARIK DAN BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mendidik dan menerapkan elemen patriotism dan sejarah dalam bangsa Malaysia sempena Hari Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia.

Jika anda peminat teater, pastikan anda tidak lepaskan persembahan ini. Lagi menarik dipersembahkan dengan loghat Negeri Sembilan.

TEATER TANJONG

Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan telah diberi kepercayaan untuk mementaskan teater Tanjong di Istana Budaya.  

Bakal dipentaskan pada 9-11 September 2022, Teater Tanjong bakal dibintangi oleh pelakon handalan Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Dato’ Perdano Andika .

Turut disertai oleh Kartunis Ujang dan penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan Ulong Bakar.

ADA SISWA ATAU PELAJAR SEKOLAH TERLIBAT?

Pementasan ini juga akan diambil bahagian oleh 150 tenaga kerja termasuk pelakon, pemuzik, penari dan pesilat petugas belakang takbir.

Juga penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas. Ia juga bakal disertai oleh 12 siswa dan 28 orang murid sekolah rendah dan menengah.

Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan juga amat berbesar hati dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Harun untuk teater Tanjong dan ianya akan dapat mempertabatkan lagi adat perpatih.

Beliau juga amat berpuas hati dan merasa bangga dengan perjalanan teater Tanjong sehingga dapat dipersembahkan di Istana Budaya untuk tontonan orang ramai.

Kerajaan negeri berharap pementasan teater Tanjong di Istana Budaya, Kuala Lumpur nanti akan berjalan dengan jayanya hasil komitmen semua pihak yang terbabit.

NASKAH SULONG?

Tanjong adalah naskah sulong dan arahan Prof Dr. Ahmad Rashidi Hasan. Sutradara dan juga tulang belakang Tanjong.

Beliau berharap dan berbesar hati untuk melihat naskah ini diangkat untuk mendidik masyarakat mengenai budaya Adat Perpatih, selain memartabatkan seni teater yang kian pudar.

Pentas teater ini juga adalah platform terbaik buat komuniti anak-anak ASAR dan remaja di luar sana untuk  melakukan aktiviti yang berfaedah.

OBJEKTIF

“Objektif dan matlamat pementasan ini adalah bertujuan untuk memberikan wadah buat anak muda dan kanak-kanak khususnya komuniti ASAR.

Melakukan aktiviti bermanfaat, menyemai minat melakukan aktiviti keseniaan, membentuk keyakinan diri selain mempertunjukkan kisah Adat Perpatih kepada masyarakat am.

Sebahagian keuntungan daripada teater ini juga disalurkan bagi membantu keluarga dan pendidikan anak-anak ASAR dan yang memerlukan,”

-katanya.

PEMENTASAN TANJONG

Pementasan Tanjong ini bakal menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor.

Ini mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan daripada Pagaruyung.

Sementara ketiadaannya, Tok Nagho telah melantik anaknya Baroq untuk memegang tampuk sebagai penghulu.

Juga meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga peri laku ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong.

APA TERJADI?

Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekaligus menyebabkan kekosongan di tampuk pemerintahan.

Mengikut adat perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano namun Baroq tidak mahu mengikut aturan adat perpatih dan ingin terus memegang kuasa.

Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini telah mengakibatkan perselisihan faham dan pertumpahan darah di Luak Tanjong.

Apakah kesudahannya? Adakah Tok Pedano berjaya memegang tampuk pemerintahan Luak Tanjong atau Baroq berjaya merampas kuasa?

Sama-sama kita saksikan di Istana Budaya 9 hingga 11 September ini.

credit photo: Ayu Rafikah

Beli Tiket| Kelab Teater ASAR

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge