FILEM PERJALANAN PERTAMA, APA YANG BEST? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jika anda peminat filem kekeluargaan, ini filiem untuk anda. Naskhah bergenre ini mampu menarik minat jika dihasilkan dengan sebuah jalan cerita yang menarik.
D’AYU PICTURES
Istimewanya, ia merupakan langkah pertama buat syarikat produksi D’Ayu Pictures untuk menerbitkan sebuah filem kekeluargaan berjudul Perjalanan Pertama.
Lebih menarik, filem berkenaan juga merupakan usahasama antara syarikatnya bersama Mahakarya Pictures yang merupakan syarikat produksi Indonesia.
Ia merupakan nashkak sulung terbitan syarikatnya yang mengangkat kisah kekeluargaan tentang hubungan antara datuk dan cucu.
“Apabila meneliti naskhah dan jalan cerita filem Perjalan Pertama ini, saya melihat ia sesuatu yang cukup menarik untuk diketengahkan.
“Ia sebuah filem ‘road trip’ membabitkan datuk dan cucunya dan sepanjang perjalanan mereka itu, banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi,” .
-Penerbit Eksekutif, Dato’ Rosmarayu Mokhtar
KOS PERBELANJAAN?
Sementara itu, menjelaskan lebih lanjut mengenai filem berkenaan, beliau menjelaskan ia menelan kos produksi sebanyak RM1.75 juta. Menjalani penggambaran di Bukit Tinggi, Indonesia sekitar awal tahun 2020.
Ujarnya, sebagai penerbit eksekutif, pihaknya selaku pelabur turut terbabit sejak awal lagi seperti pra produksi, skrip, penggambaran sehinggalah filem tersebut siap sepenuhnya.
SUDAH DITAYANGKAN DI INDONESIA?
“Perjalanan Pertama sudah ditayangkan di Indonesia sejak 14 Julai lalu dan sambutan yang diterima penonton di sana cukup menggalakkan.
“Menerusi penelitian kami di platform media sosial pula, ramai penonton yang memberikan pujian dan review positif serta suka dengan jalan ceritanya,” jelasnya.
PERJALANAN PERTAMA
Bukan sekadar sebuah kisah penggembaraan semata-mata kerana apa yang ingin disampaikan kepada penonton adalah membabitkan hubungan kekeluargaan.
Diarahkan oleh pengarah Arief Malinmudo, Perjalanan Pertama mengandingkan dua pelakon hebat dua negara iaitu Dato Ahmad Tamimi Sirergar dan Muzakki Ramdhan.
Selain itu, ia turut menampilkan beberapa barisan pelakon popular lain seperti Adinda Thomas, Randy Pangalila, Gilang Dirga, Komo Ricky dan Angelica Petra.
Sementara itu, Arief selaku pengarah mengakui filem Perjalanan Pertama sememangnya cukup istimewa buat dirinya.
PENGHORMATAN BEKERJASAMA DENGAN AHMAD TAMIMI
“Sudah tentu ia merupakan satu penghormatan buat diri saya untuk bekerjasama dengan seorang pelakon hebat Malaysia seperti Ahmad Tamimi.
“Apa yang boleh saya katakan, filem ini memang wajar untuk ditonton kerana jalannya itu sendiri, selain sinematografinya yang cukup memukau,”
-ujarnya.
Ujar Arief, dia berharap agar filem ini bukan sahaja mendapat sambutan di Indonesia, malah akan diterima penonton-penonton di Malaysia apabila ditayangkan nanti.
Selepas Indonesia, Perjalanan Pertama akan ditayangkan pula di pawagam seluruh Malaysia pada 18 Ogos ini.
Untuk info, filem ini juga sudah ditayangkan di World Premier Moslem Fim Festival Australia dan Asian Premier Jogja Asian Film Festival pada tahun 2021.