Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Syafiq Farhain Hos TV Okey Untuk Apa Lagi Terengganulah |Bergelar penyanyi bukanlah satu-satunya bidang seni yang ingin dicambah bakatnya oleh Syafiq Farhain. Ianya dibuktikan anak kelahiran Terengganu ini menerusi percubaannya sebagai hos program travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Apa Lagi Terengganulah mulai 2 Julai lalu, setiap Selasa, pukul 3.00 petang di TV Okey (Astro 109).
Menariknya dalam 13 episod program travelog Apa Lagi Terengganulah memaparkan keunikan, kecantikan dan sejarah sesuatu tempat di negeri Terengganu. Syafiq membawa penonton menjelajah ke tapak-tapak pelancongan dan memperkenalkan sosio-ekonomi, makanan, dan aktiviti masyarakat setempat.
Sinopsis Apa Lagi Terengganulah
Dalam episod pertamanya ikuti penggembaraan ke Kuala Besut memperkenalkan seni ukiran kayu dan seni muzik dikir barat. Beliau menemubual pengurus dikir negeri Terengganu iaitu Cikgu Sulizi Che Awang. Selain itu, kunjungan ke Kedai Tie Nasi Lemak, Kedai Sate Lanang Jabi dan Kedai Nasi berlauk Moksu Yah mencuba menu unik goreng belalang, juga sate ayam, lembu, dan kambing, kuih-muih juga bubur manis.
Baca: Pasar Payang Terengganu
Usah ketinggalan menyaksikan episod di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Bidong. Antara aktiviti yang disertai oleh hos adalah snorkeling, berenang dan berkayak sambil menikmati pemandangan yang indah.
Manakala Pulau Bidong merupakan tempat sejarah berjejak peperangan di antara Vietnam dengan Amerika.
Syafiq mengunjungi kubur dan kuil yang mengandungi unsur agama Buddha di Pulau Bidong. Akhirnya, hos melawat ke tapak pertumbuhan kerang yang diusahakan oleh Hamhariah Jaafar.
BUDAYA
Singgah di Kuala Terengganu membawa nasi dagang, nasi lemak, keropoklekor, teh tarik ombak dan nasi minyak. Selain itu, kain sutera, songket, batik dan baju kurung dapat dibeli di sini. Aktiviti proses membuat wau bulan turut dipaparkan.
Tarian traditional Terengganu turut disembahkan bersama dengan lagu Ulek Mayang. Hos juga mengunjungi pasar malam yang mengandungi pelbagai jenis koleksi barang.
Kali ini sempat menemubual pengusaha Kedai Makan Makcik Ngah yang terkenal dengan keropok lekor. Selain itu, seorang pakar membuat keris iaitu, Pakcik Abdul Bakar turut ditemubual dalam episod ini. Seorang tukang emas yang bekerja di Kedai Emas AsSafiya bernama Yaakub Bin Ismail sempat ditembual dalam episod ini.
Kunjungan di Kuala Berang yang menghasilkan pelbagai jenis ikan, dapat menikmati Roti Keramat Binjai dan Roti Binjai Legend. Turut ditemubual pengurus Warisan Pahlawan Resort iaitu Tun Mohd Anuar Tun Ahmad. Tarian Silat Melayu juga dipersembahkan di dalam resort ini.
Tambah mengujakan pengembaraan ke Tasik Kenyir yang merupakan tasik terbesar di negara kita. Syafiq tinggal di rumah bot yang diusahakan oleh Encik Sabri bin Ismail. Antara aktiviti yang terlibat oleh hos adalah memancing, membakar BBQ, menunggang gajah dan berenang di air terjun Tasik Kenyir. Selain itu, hos juga mengunjungi Taman Herba iaitu tempat pelancongan, pusat pendidikan dan tempat penyelidikan.
Kunjungan ke selatan Terengganu melawat ke Paka, Kijal dan Kemasik. Paka, sebuah daerah yang terkenal dengan perindustrian minyak dan gas. Hos menikmati makanan tempatan iaitu nasi lemang, kambing bakar, ikan bakar, sup belut dan ketam goreng. Penghasilan ikan bilis dan proses membuat ikan bilis kering turut dipaparkan. Sempat menemubual seorang pencipta lagu dan penulis lirik iaitu, Wan Zul dan menyanyi dengan beliau.
Episod akhir mengunjungi Zoo Kemaman di mana terdapat pelbagai jenis spesis burung, harimau, ular sawa, gajah, orang utan dan buaya. Bertuah kerana dapat menyertai diri dalam proses membuat keropok lekor juga memperkenalkan beberapa spesis penyu, kura-kura dan tuntung sungai kepada penonton. Antara makanan tempatan yang dapat dinikmati olehnya adalah mee ikan, udang harimau goreng, ketam goreng, ikan kukus, otak-otak dan satan ikan.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store