Pelaburan RM3 Juta: SVG Worldwide SS25 Mendefinisikan Semula Fesyen Jalanan atau lebih dikenali sebagai ‘fesyen streetwear’ Malaysia.
SVG WORLDWIDE
Detik bersejarah dalam industri fesyen Malaysia pada 8 Februari apabila SVG Worldwide melancarkan pertunjukan fesyen ‘solo’ pertamanya—Musim Bunga/Panas 2025 di The Yard, Sentul Depot.
ASHRAF ANUAR
Muhammad Ashraf Bin Khairul Anuar, atau lebih dikenali sebagai Ashraf Anuar berusia 25 tahun, mencipta fenomena dalam dunia ‘streetwear’ dengan mengadakan acara yang mentakrif semula batasan fesyen dan penceritaan.
KOLEKSI THE JOURNEY
Diberi judul “The Journey”, koleksi ini menggambarkan evolusi artistiknya, melambangkan tahun- tahun penuh berkembang, bereksperimentasi, dan ketekunan. Lebih daripada sekadar pameran fesyen, acara ini menandakan peralihan jenama ke era baharu—menegaskan identiti serta kebebasan kreatifnya.
Walaupun Ashraf pernah menganjurkan pertunjukan fesyen sebelum ini, acara kali ini adalah yang paling besar dan gah. Dengan 100 peragawan dan peragawati di pentas peragaan, ia bakal mencatat rekod sebagai pertunjukan fesyen jalanan ‘solo’ terbesar di Malaysia.
PELABURAN 3 JUTA
Pelaburan sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan untuk produksi, pemasaran, dan reka bentuk, menjadikan pertunjukan ini satu pencapaian luar biasa dalam dunia fesyen tempatan.
Bagi meningkatkan lagi pengalaman peminat fesyen, satu ‘Pop-up store’ di Starhill dari 9 hingga 16
Februari akan menawarkan akses eksklusif kepada koleksi edisi terhad. Selain itu, pertunjukan ini
juga akan disiarkan secara langsung untu disaksikan untuk tontonan umum.
Dengan pelaburan RM3 juta, Ashraf membuktikan bahawa jenama tempatan mampu menyaingi kuasa besar fesyen antarabangsa.
DIMULAI DENGAN RM50
Dari permulaan yang sederhana sehingga menjadi peneraju pertunjukan fesyen ‘Streetwear’ terbesar di Malaysia, perjalanan Ashraf Anuar dalam industri ini dibentuk oleh ketekunan dan daya usaha. Pada usia 18 tahun, beliau mula menjual pakaian terpakai, menghabiskan masa berjam-jam memilih pakaian unik.
Dengan hanya RM50 di tangan, beliau mengambil risiko mencetak edisi pertama kemeja-T, yang habis terjual dalam beberapa hari. Detik ini menjadi titik tolak kepada lahirnya jenama SVG Worldwide. Dengan usaha gigih dan strategi penjenamaan yang kukuh, jenama ini kini berkembang menjadi syarikat bernilai jutaan ringgit.
Hari ini, SVG Worldwide bernilai lebih RM5 juta, bukan sahaja sebagai jenama yang berjaya secara komersial tetapi juga sebagai ikon budaya fesyen jalanan.
REKABENTUK SVG WORLDWIDE
Idea rekabentuk Ashraf berpusat pada gabungan ‘Streetwear’ dan penceritaan. Setiap koleksi direka dengan teliti untuk menyampaikan naratif unik, menggabungkan elemen grafik yang rumit, ilusi tiga dimensi, dan tekstur ber-eksperimentasi.
Ketekunan dalam inovasi dan konsep mendalam ini telah menjadikan SVG Worldwide jenama yang mendapat perhatian, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.
FESYEN SEBAGAI MEDIUM TAMADUN & BUDAYA
Selain ‘Aesthetic’, Ashraf Anuar melihat fesyen sebagai platform yang berkuasa untuk perbincangan budaya dan kesedaran sosial.
FAIZAL TAHIR
Pertunjukan bakal menampilkan persembahan istimewa oleh Faizal Tahir sebagai penghormatan kepada Palestin, mencerminkan komitmen SVG Worldwide terhadap perjuangan melalui seni.
Penekanan terhadap mesej bermakna ini menunjukkan usaha Ashraf dalam menggabungkan fesyen dengan isu-isu global, menjadikan jenamanya lebih dari sekadar jenama. Eksperimentasi ini terdahulu oleh beliau telah membuktikan pendekatannya yang berani dan inovatif.
PERAGAKAN KOLEKSI 800 METER
Dari mempersembahkan koleksi di trek perlumbaan sepanjang 800 meter di Petronas Sepang International Circuit hingga mencipta format pertunjukan fesyen yang unggul, beliau terus mencabar norma industri. Gabungan budaya motorsport, estetika kontemporari, dan fesyen mewah menjadikannya salah seorang pemikir kreatif paling dinamik di Malaysia.
SVG Worldwide bukan lagi sekadar jenama fesyen—ia adalah satu gerakan yang didorong oleh keaslian, inovasi, dan visi artistik yang tidak berkompromi. Dengan menggabungkan ‘streetwear’ dan fesyen tertinggi, mencabar batas kreativiti melalui persembahan runway yang tidak konvensional.
Serta mengekalkan naratif sosial dan budaya yang kuat, SVG Worldwide muncul sebagai kuasa perintis dalam industri ini. Ketika dunia fesyen menantikan perkembangan seterusnya, satu perkara pasti: ini baru permulaan kepada transformasi global fesyen ‘streetwear’ oleh Ashraf Anuar.