Jakel anjur Meet & Greet Duta Jakel bersama 10 duta terkenal.
MEET & GREET DUTA JAKEL
Ingin berjumpa dan berpeluang berinteraksi dengan artis terkenal dan pempengaruh popular yang merupakan barisan duta Jakel menerusi sesi Meet & Greet. Kalau sebelum ini di Jakel Kuala Lumpur kali ini di Shah Alam pula.
BERGAMBAR BERSAMA DUTA
Berpeluang untuk beramah mesra bersama Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga , Cik Epal dan tidak ketinggalan Elly Mazlein. Turut bakal memeriahkan seisi ini adalah anggota- anggota kumpulan pelawak Senariounion, Upin & Ipin dan juga tiktoker SallyWho.
PRODUK TERBARU SEMPENA AIDILFITRI
Acara bermula 9 pagi hingga 2 petang adalah bertujuan merapatkan hubungan pelanggan dengan
Jakel pada masa sama membuka peluang orang ramai melihat produk terkini ditawarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini.
“Kita berharap para pelanggan serta peminat tidak melepaskan peluang ini untuk bertemu dan beramah mesra dengan barisan duta-duta kami sempena kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025. Para pengunjung bukan sahaja boleh bertemu, malah mereka boleh bergambar dengan barisan duta yang hadir,
-Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed IzaniMohamed Jakel
Tambah Mohamed Izani, di samping itu, Jakel turut mengadakan kuiz interaktif yang bakal menawarkan hadiah menarik kepada para pengunjung.
KUPON PEMBELIAN BAJU RAYA
Demi menghargai pelanggan setia kami, pengunjung yang hadir pada acara ini juga berpeluang mendapatkan kupon bagi pembelian baju raya untuk potongan harga.
“Mereka yang hadir berpeluang untuk mendapatan koleksi raya terbaharu Jakel dengan menampilkan warna dan trend terkini meliputi semua peringkat umur,” ujarnya.
KESELESAAN PENGUNJUNG KEUTAMAAN
Jelasnya, pengunjung juga tidak perlu bimbang berhubung soal keselesaan kerana Jakel menyediakan kemudahan parkir yang luas dan percuma. Pelanggan yang hadir juga tidak perlu risau tentang ruang beli belah, kerana ia luas dan selesa.
“Malah kami juga menyediakan kemudahan buggy bagi memastikan pengunjung seperti warga emas selain golongan bantuan khas dapat bergerak lebih mudah dari kawasan parkir ke bangunan utama,” katanya.