PEOPLElogy & Pulsifi Jalin Kerjasama Strategik AI, Perkasa Masa Depan Tenaga Kerja Malaysia.
PEOPLELOGY BERHAD
PEOPLElogy Berhad terus memperkukuh agenda transformasi tenaga kerja digital negara apabila memeterai kerjasama strategik bersama Pulsifi menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mempercepat pembangunan kecerdasan tenaga kerja berpacuan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.

MOU BERSAMA PULSIFI
Kerjasama ini bakal menyaksikan integrasi teknologi AI di bawah platform GOAL by PEOPLElogy, sekali gus meletakkannya sebagai ekosistem kecerdasan tenaga kerja berkuasa AI bersepadu pertama di Malaysia yang menghubungkan pembangunan bakat, analitik tenaga kerja dan prestasi organisasi secara menyeluruh.
AI JADI PEMACU BAHARU TRANSFORMASI TENAGA KERJA MALAYSIA
Dalam era AI yang berkembang pantas, organisasi kini semakin memerlukan penyelesaian tenaga kerja yang lebih pintar, pantas dan dipacu data.

GABUNGAN MODEL TRANSFORMOSI 6-DIMENSI
Melalui gabungan Model Transformasi 6-Dimensi proprietari PEOPLElogy Berhad bersama platform kecerdasan bakat AI milik Pulsifi, kerjasama ini dijangka membantu organisasi membuat keputusan bakat yang lebih tepat merangkumi:
✔ pengambilan pekerja
✔ pembangunan bakat
✔ pengekalan pekerja
✔ perancangan penggantian
✔ kesiapsiagaan tenaga kerja masa depan
Pendekatan ini juga dilihat selari dengan agenda pendigitalan dan pembangunan modal insan negara.

GOAL BY PEOPLELOGY PERKENAL EKOSISTEM AI PERTAMA DI MALAYSIA
Platform GOAL by PEOPLElogy akan bertindak sebagai pusat utama kecerdasan tenaga kerja untuk membantu syarikat beralih daripada pendekatan pembangunan bakat tradisional kepada strategi bakat yang lebih holistik dan berasaskan data. Antara teknologi AI yang bakal diintegrasikan termasuk:
✔ Penilaian kesesuaian organisasi dan peranan
✔ Analitik nilai kerja
✔ Pemetaan bakat
✔ Penaakulan kognitif
✔ Penilaian High Potential Plus
✔ Analisis kemahiran masa depan
Penyelesaian ini direka untuk membantu organisasi mengenal pasti bakat berpotensi tinggi, meningkatkan prestasi pasukan serta memperkukuh daya tahan tenaga kerja dalam landskap ekonomi digital.
FOKUS BINA TENAGA KERJA BERSEDIA MASA DEPAN
Menurut Allen Lee, Pengasas dan Pengarah Urusan PEOPLElogy Berhad, kerjasama ini lebih daripada sekadar integrasi teknologi.
Beliau berkata visi utama kerjasama tersebut adalah untuk memperkasakan organisasi dengan penyelesaian kecerdasan tenaga kerja lebih pintar yang mampu meningkatkan keputusan berkaitan bakat dan memperkukuh kesiapsiagaan organisasi untuk masa depan.

Tambah beliau, organisasi hari ini perlu bergerak melangkaui model latihan tradisional dan mula menerima transformasi tenaga kerja yang dipacu AI dan analitik data.
PULSIFI YAKIN KERJASAMA BAKAL BUKA POTENSI
Sementara itu, Jay Huang, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Pulsifi berkata, kerjasama ini diyakini mampu mentakrif semula cara organisasi membangunkan bakat dan mengurus transformasi tenaga kerja.
Menurut beliau, gabungan kepakaran industri PEOPLElogy bersama teknologi AI Pulsifi bakal membantu organisasi membuka potensi manusia dengan lebih efektif sambil mempersiapkan tenaga kerja untuk masa depan pekerjaan yang semakin digital.
MALAYSIA BERSEDIA JADI HAB TRANSFORMASI BAKAT BERPACUAN AI
Majlis menandatangani MoU tersebut turut menampilkan demonstrasi langsung platform AI Pulsifi serta forum khas membincangkan masa depan pembangunan bakat dan penerimaan AI dalam dunia pekerjaan moden.

Melihat ke hadapan, PEOPLElogy Berhad menjangkakan permintaan terhadap penyelesaian transformasi tenaga kerja berpacuan AI akan terus meningkat, khususnya apabila syarikat di Malaysia mempercepatkan agenda pendigitalan dan automasi.
Dengan kekuatan ekosistem pembangunan insan bersepadu yang dimiliki, PEOPLElogy komited untuk terus menyokong transformasi bakat negara sambil membantu organisasi membina tenaga kerja yang lebih tangkas, kompetitif dan bersedia menghadapi masa depan.
