SUNGEI WANG PLAZA ‘GLOW UP RAYA 2026’ – PALNG MERIAH DI KL

Sungei Wang Plaza tampil dengan Glow Up Raya 2026 penuh warna! Nikmati bazar, persembahan artis, aktiviti budaya dan ganjaran eksklusif sepanjang Aidilfitri.

GLOW UP RAYA 2026

Sempena Aidilfitri 2026, Sungei Wang Plaza tampil memukau dengan kempen β€œThe Glow Up Raya” yang berlangsung dari 28 Februari hingga 29 Mac 2026, menjadikannya antara destinasi Raya paling meriah di ibu kota.

GLOW UP RAYA 2026

SEMPENA VISIT MALAYSIA 2026

Menyokong inisiatif Tourism Malaysia sempena Visit Malaysia 2026, kempen ini menggabungkan elemen warisan tradisional dan gaya hidup moden, memberikan pengalaman perayaan yang unik kepada pengunjung.

ANTARA AKTIVITI MENARIK GLOW UP RAYA 2026

πŸŒ™ SUASANA KAMPUNG TRADISIONAL + SENTUHAN MODEN

Ruang Centre Court dihias dengan konsep kampung klasik β€” lengkap dengan rumah kayu, elemen batik dan pencahayaan hangat yang membangkitkan nostalgia balik kampung. Pada masa sama, sentuhan kontemporari menjadikan suasana lebih segar dan Instagrammable.

GLOW UP RAYA 2026

🎀 SHOWCASE RAYA & HIBURAN LIVE

Kemuncak kempen ini ialah Glow Up Raya Musical Showcase pada 29 Mac, dianjurkan bersama ERA FM. Acara ini menampilkan artis popular seperti MimiFly, Aufa Hanie dan Zubir Khan, menjanjikan persembahan penuh tenaga dengan gabungan lagu Raya klasik dan moden.

GLOW UP RAYA 2026

πŸ›οΈ AKTIVITI BUDAYA & BAZAAR RAYA

Sepanjang kempen, pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk fashion show warisan, persembahan muzik, serta Glow Up Raya Bazaar yang menghimpunkan vendor tempatan dengan produk unik.

Pengunjung juga boleh sertai bengkel kreatif bersama MinNature Malaysia di ruang JUMPA at Sungei Wang β€” sesuai untuk aktiviti keluarga.

GLOW UP RAYA 2026

❀️ CSR & SEMANGAT BERKONGSI RAYA

Lebih bermakna, kempen ini turut menampilkan inisiatif CSR seperti β€œRaya Give and Glow” dengan kerjasama United Arakan Institute Malaysia, termasuk sumbangan pakaian dan majlis berbuka puasa bersama komuniti.

🎁 GANJARAN EKSKLUSIF UNTUK PENGUNJUNG GLOW UP RAYA 2026

Pengunjung berpeluang menebus pelbagai hadiah menarik seperti packet Raya, tiffin dan cookie jar eksklusif melalui program penebusan dengan pembelian minimum.

GLOW UP RAYA 2026

Secara keseluruhan, Sungei Wang Plaza berjaya mengangkat sambutan Raya 2026 sebagai gabungan hiburan, budaya dan gaya hidup moden. Kalau nak cari tempat Raya yang lengkap β€” shopping, makan, hiburan dan aktiviti keluarga β€” inilah lokasi wajib singgah tahun ini ✨

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *