Pavilion Bukit Jalil Bawa BoBoiBoy & Mechamato Gegar Raya 2026 – Event ‘Joyful Aidilfitri’ Penuh Aktiviti, Bazar & Hiburan Keluarga.
PAVILION BUKIT JALIL RAYA BAWA ADIWIRA
KEGEMARAN SEMUA SEMPENA ‘JOYFUL AIDILFITRI’
Sambutan Aidilfitri tahun ini jadi lebih meriah apabila Pavilion Bukit Jalil memperkenalkan kempen “Joyful Aidilfitri – Together, Here” dari 27 Februari hingga 29 Mac 2026.

Dengan kerjasama Monsta, pusat beli-belah ini menampilkan adiwira kegemaran ramai seperti BoBoiBoy, Mechamato dan Papa Pipi sebagai tarikan utama sepanjang musim perayaan.
🌙SUASANA RAYA BERTEMA KAMPUNG & ANIMASI POPULAR
Kempen Pavilion Bukit Jalil Raya 2026 ini diinspirasikan daripada tradisi balik kampung, dengan dekorasi yang menggabungkan elemen kampung klasik dan dunia animasi popular. Pengunjung boleh menikmati suasana Raya yang unik sambil bergambar dengan maskot serta menyertai pelbagai aktiviti interaktif.

LEBIH 600 JENAMA RUNCIT DAN PILIHAN F&B
Dengan lebih 600 jenama runcit dan 150 pilihan F&B, Pavilion Bukit Jalil turut menjadi destinasi popular untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.
🟢AKTIVITI KELUARGA & HIBURAN PAVILION BUKIT JALIL RAYA 2026
MONSTA GALAXY CARD TOURNAMENT
Antara tarikan utama ialah Monsta Galaxy Card Tournament yang berlangsung pada beberapa hujung minggu Mac, memberi peluang kepada peminat untuk bertanding dan memenangi hadiah eksklusif.

MONSTA MASCOT PARADE
Kanak-kanak pula pasti teruja dengan Monsta Mascot Parade, di mana mereka boleh berarak bersama karakter kegemaran seperti BoBoiBoy dan Mechamato, serta menyertai permainan mini dan aktiviti hadiah percuma.

SUNDAY MOVIE SCREENING WITH MONSTA
Selain itu, tayangan khas Sunday Movie Screening with Monsta turut diadakan setiap minggu, lengkap dengan kuiz dan kemunculan maskot secara langsung.

🛍️BAZAR PAVILION BUKIT JALIL RAYA 2026
Kempen ini turut menampilkan bazar unik seperti kolaborasi bersama Netflix menerusi tema One Piece, serta program komuniti seperti Single Mom Market dan bengkel seni batik bersama UCSI University.

Tidak ketinggalan, program CSR berbuka puasa bersama komuniti dan acara mesra alam bersama WWF menambah nilai kepada sambutan ini.
❤️GANJARAN EKSKLUSIF & RAYA LEBUH BERMAKNA
Dengan kerjasama Maybank, pengunjung boleh menikmati pelbagai ganjaran eksklusif termasuk sampul Raya, tote bag edisi terhad dan hadiah menarik melalui kempen perbelanjaan.
Secara keseluruhan, Joyful Aidilfitri – Together, Here menjadikan Pavilion Bukit Jalil antara destinasi Raya paling happening di Kuala Lumpur 2026, lengkap dengan hiburan, membeli-belah dan pengalaman keluarga yang sukar dilupakan. ✨
